Thursday, December 30, 2010 0 comments

HEADER UNTUK QAQA

Tidak paksaan untuk Qaqa guna atau tak header ni.. Just sesaja buat. Ntah la dah jadi hobi lak buat header ni..

3 comments

KENANGAN TERHEBAT BERBLOGGING

http://azyaleeya92.blogspot.com/2010/12/ade-ke-orang-join.html
 Kali ni Ga anjuran Blog dari mata hati. Hadiahnya lumayan juga. Teringin juga nak meragut hadiah tu tapi kena sudahkan dulu syarat - syaratnya. Buat satu entri berkenaan kenangan terhebat masa berblogging tahun ni.
Aduhai cik yadz.. Saya bukan blogger hebat then takde sangat kehebatannya. Apa yang hebat adalah bermula dari bulan december ni setiap hari ada saja penambahan dari segi follower. Tiada kontroversi atau spekulasi atau berita sensasi yang melanda menjadikan blog ni di serbu dengan ganasnya seperti Isu awek kepada Goal Keeper Pemain Bola sepak Pasukan Malaysia tu. Dan tak juga seperti Cikgu Shida yang tiba2 Gah namanya dengan kontroversi video miming beliau. Cuma blogger biasa yang menumpang cerita - cerita sensasi untuk di lekatkan pada blog bagi menjadi pembacaan umum. 2010 juga telah mewujudkan isu dalam label kupas kupis di blog saya (bukan blog contest ni ler) yang mendapat sokongan ramai sebab tak semua orang suka baca paper dengan artikel yang panjang2 & berita yang pelbagai. Dorang lebih suka baca yang sensasi dalam bahasa yang santai. Pun begitu tercalit sedikit memori hitam bila mendapat warning dari cik Anon secara tiba - tiba dalam isu kupas kupis yang di senduk dari akhbar online kosmo. Penambahan dari segi follower juga adalah sesuatu yang terhebat bagi kenangan berblogging 2010. Mempunyai pengunjung & pembaca tetap juga salah satu kenangan dalam memori 2010. Takde titik2 noda mencalari kenangan terhebat dalam 2010 ketika berblogging. Itu adalah sesuatu yang sangat2 hebat. Moga takde la sampai bila - bila.

Dengan sukacita riang dan tawa saya ingat mengetag rakan - rakan yang bertuah (lebih dari sorang takpe kan??)
Cekla
Reen
Misz Nana
ShahrinOppa

kengkawan ku sekalian nak join sila clik : Kenangan Terhebat berblogging tahun ini

Hadiahnya

hadiah tempat pertama
topup or cash RM100

hadiah tempat kedua
topup or cash RM50

hadiah tempat ketiga
topup or cash RM30
Wednesday, December 29, 2010 1 comments

GA CORETANMAYA 2010

http://coretanmayaku.blogspot.com/2010/12/ga-coretanmaya-2010.html
 Okey GA kali ni anjuran blog Fantasi & Realiti, dunia ku. Dengan syarat yang simple tak menyusahkan so amat berbaloi la untuk di sertai.

Tag ini di tujukan kepada


Sila Clik : GA CORETANMAYA 2010 untuk sertai
3 comments

1ST GIVEAWAY LIL SWEET BOX

http://handmadebysyida.blogspot.com/2010/12/1st-giveaway-lil-sweet-box-27122010.html
GA kali ni anjuran Lil Sweet Box. Kenapa aku join. Teruja tengok banner dia.. Beg yang sangat comel. Walau tak tau apa hadiahnya tapi itu tidak menghalang untuk saya sertai. Kalau dapat beg yang dalam banner tu pun best juga. Ntah camna kali ni terpaut pula dengan beg pink tu kan walau sebelum ni pink langsung tak melekat di hati. kekekekeke. Saya tidak tamak & sangat sharing. Then nak share dengan kawan - kawan juga contest ni.

Tiba masanya memasang perangkap melekit. Jom kita lihat siapa yang kena tag

Kawan - kawan yang nak join boleh clik : Lil Sweet Box
Tuesday, December 28, 2010 5 comments

1st Lucky Draw by Misz Nana

Di Invite sendiri oleh penganjur untuk join Contest ni.. so saya rasa teruja la nak sertai biarpun hanya berdasarkan Luck semata - mata. Kita tak tau kat rezeki kita kat mana then tak salah mencuba.

http://syazanaamira.blogspot.com/2010/12/1st-lucky-draw-by-misz-nana.html
Kali ni Anjuran Mizz nana yang pernah saya tag untuk salah satu GA yang saya sertai then dia pun turut terhasut untuk membuat GA sendiri. kekekekeke... Pemilihan berdasarkan random. So, kemenangan cuma berpandukan LUCK yang ada.

Tag pada seorang rakan tapi saya nak tag lebih kepada seorang blogger. Bleh kan??

Kalau nak join sila clik : 1st Lucky Draw by Misz Nana
Monday, December 27, 2010 1 comments

Giveaway Novel

Ini contest yang 1st saya jumpa tanpa perlu pacak banner bagai.. Syabas pada penganjur E-Shop yang mencipta kelainan pada GA kali ni yer.. Just perlu buat entri pasal blog beliau..

Saya baru je berkenalan dengan blog beliau. Terus terang sebab contest ni.. Then apa yang saya lihat blog beliau adalah berkaitan dengan perniaaga Online seperti menjual pakaian kanak - kanak & novel. Sempat juga skodeng.. tak terkecuali ada ink cartridge. Itu je setakat ni yang sempat saya review tentang blog beliau untuk menyertai contest yang beliau anjurkan.

Hadiah untuk contest ni.. Tentu sekali sebuah novel yang terdapat dalam blog beliau.

Okies saya nak tag

Bagi Yang nak sertai boleh clik : Giveaway Novel
3 comments

MY URL STORY

http://devilviernes.blogspot.com/2010/12/your-url-story-contest-officially-by-me.html
 Contes kali ni anjuran Pictured Life Of Me yang ingin menyibuk nak tahu pasal cerita ceriti asal usul nama url blog. Okies.. Beginilah alkisahnya...

Asal usul nama url blog.. Okies rasanya saya pernah share dulu asal usul blog saya. Saya ada 2 blog.. Asal usul blog kedua ni adalah kesinambungan dari blog pertama. So, asal usul dia bermula dari blog pertama iatu http://lekatlekitgurl.blogspot.com/.

Apa kisah di sebalik nama ni. Untuk url mungkin hanya di gunakan lekatlekitgurl iatu nick daripada tajuk blog tu sendiri iatu apa yang melekat lekit hari ni (merujuk tajuk blog yang pertama). Asal lekat lekit ni adalah berpunca dari seorang DJ yang sangat2 saya suka iatu abbyfana (yang sekarang bertugas di sinar). Saya mengenali abbyfana ni semasa di ber DJ di thr untuk segmen ceria pagi kalau tak silap. Perkataan atau ayat yang sangat suka dia sebut hari - hari adalah.. 'teruskan melekat lekit bersama abby' tapi bukan la trademark atau tagline dia. Perkataan lekat lekit tu macam sesuatu yang jarang di dengar & menarik minat saya. Then lepas terjebak dalam aktiviti online.. (DJ online radio) saya menggunakan tagline abbyfunny (itu nickname sebelum saya bergelar Dj radio online lagi) the lekat lekit gurl.

Untuk blog tanpa perlu berguling guling mahupun tertunggang tonggeng mencari nama blog atau nama url secara automatik saya menggunakan lekatlekitgurl & tagline apa yang melekat lekit hari ni. Originality dia memang dari abbyfana tapi tidak menjadi sinonim pun dengan abbyfana perkataan melekat lekit tu tapi memang menjadi sinonim dengan diri saya & rakan2 online atau blogger. Kesinambung dari blog pertama.. blog kedua dunia melekitku, dengan url http://duniamelekitku.blogspot.com/. kenapa di gunakan perkataan dunia melekit ku?? Sekadar nak mengambarkan dunia imaginasi saya.. Sebab sebelum ni blog ini saya gunakan untuk menghapdet karya2 saya seperti puisi & cerpen tapi separuh jalan jer.. Then terus bertukar pada blog contest.

Sekian -the end-

Tiba masa meng'tag' blogger bertuah

Nak join sila clik : URL Story
3 comments

Giveaway eqbalzack "SERBA SATU

http://www.eqbalzack.com/2010/12/giveaway-eqbalzack-serba-satu.html
Lagi contest anjuran si hensem ni.. Tak silap ni kalau kedua aku join contest dia. Contest yang bertajuk serba satu.. Menda yang serba satu tak tau.. Maybe hadiah kot. Hadiah menarik. Jom kita warm up tengok hadiah dulu yer..

Ni adalah hadiah untuk pemenang pertama
Ni lak untuk 10 hadiah saguhati. Menarik kan??
Mari meng'Tag' rakan blogger bertuah
 
Nak join clik sini : Serba Satu

Tarikh tutup: 
1.1.11 jam 1.11 pagi
3 comments

Cindai Boutique 1st Giveaway

http://azscollections.blogspot.com/2010/11/cindai-boutique-1st-giveaway.html
Kali ni GA anjuran Cik Cindai yang menawarkan hadiah berupa Sehelai tudung Najwa Collection. Pemenang di pilih melalui cabutan bertuah so tak susah sangat nak buat entri kan?? Just pacak banner link back then tulis sepatah dua perkataan then siap.

Okies lekit dengan sukacita nak tag juga kengkawan walau syarat ni sebenarnya tak wajib tapi apa salahnya share dengan kawan - kawan kan??

 
Ha kelas ko tag dengan url teru gitiew!
So mereka yang nak join just clik : GA CIK CINDAI
Saturday, December 25, 2010 8 comments

Saya Blogger Kedah


Okeis salam 1 Malysia Semua. Bagi mengkategorikan diri.. So saya join la segmen ni. Bagi dorang yang tertanya - tanya siapa nama empunya blog, dari celah mana dia datang, kat mana dia bersarang & apa yang best kat tempat dia tu.. Nah! Ini semua jawapan dari soklan2 korang tu.

Ini Bukan anak toyol yer.. Ini adalah diri saya yang sangat kementot tapi saya bukan yang katas meja alas kain itam tu tau! Yang sebelah tu
  1. Nama anda - Nursuria (Suria, abby, lekatlekit)
  2. Status anda - Bini orang yang belum beranak pinak
  3. Cara hubungi - Facebook (abbyfunny@yahoo.com) twitter (ugly_comot@yahoo.com) Blog : Selain blog ni blog peribadi :
  4. http://lekatlekitgurl.blogspot.com/
  5. Daerah/Jajahan - Kulim, Kedah
  6. Tempat tinggal -Damansara Damai, Sg Buloh Selangor
  7. Apa yang menarik di tempat anda - Kulim (Maybe Kulim Hi-Tech la kot) Damansara Damai (Takde yang menarik sangat pun)
Sesapa yang excited nak join boleh clik : Saya Blogger ??
    3 comments

    Saya nak duduk dalam Bloglist Cik Lulu

    http://magic-of-me.blogspot.com/2010/12/saya-nak-duduk-dalam-bloglist-cik-lulu.html

    Saya nak dua blog saya duduk dengan sopan & ceria di bloglist Cik Lulu Boleh?? Blog itu adalah


    Boleh kan??

    So saya nak ajak kawan - kawan saya juga duduk lepak dalam bloglist Cik Lulu


    So kawan - kawan yang nak duduk dalam Bloglist Cik Lulu sila Clik : Bloglist Cik Lulu
    Friday, December 24, 2010 1 comments

    Kamilah Blogger 2011

    http://www.shahazrin.com/2010/12/segmen-kamilah-blogger-2011.html

    Satu segmen mencelah kat blog contest ni kejab bagi tujuan memperkenalkan blog ni kepada blogger lain. Anjuran SHAHAZRIN.COM. Syaratnya cukup mudah. Bagi korang yang nak sertai boleh la clik : Kamilah Blogger 2011

    3 Rakan yang di ajak join adalah
    Cempaka Melati
    areteacar
    Mia
    Thursday, December 23, 2010 3 comments

    SAYA SANGAT SUKA GAMBAR NI SEBAB..


     Contes ni anjuran awek cun bernama Love yuyu.. Aku memang suka kalau contest gambar2 ni sebab aku banyak koleksi.. Gambar yang di pertaruhkan kali ni adalah

    Saya suka gambar ni sebab ia di capture menggunakan handphone camera dengan setting shoot mode panorama di mana setting ni akan capture 3 gambar  & saya berjaya membuat 3 mimik muka yang amat gedik lagi comot

    Okeis tag 3 rakan

    Nak join clik je
    2 comments

    PENGALAMAN MENGENDAP BUDAK2 LELAKI BERKHATAN


    Contest kali ni anjuran budak nakal yang bernama Kompas berlegar dan sibuk. Menganjurkan contest pengalaman berkhatan. Tak kira laki pompuan boleh join. Ok jom baca tentang pengalaman aku berkaitan Khatan ni.

     Kisah ni masa zaman aku kanak - kanak juga. Time biasa la orang buat khatan beramai2 kat kampung.. time cuti skolah. Kan nak kena berpantang bagai budak lelaki yang berkhatan, kan?? Itulah kali pertama & terakhir budak laki lalui alam berpantang kan?? kalau pompuan.. tak semestinya sekali. Kalau 10 anak sepuluh kali la.

    Kisah ni berlaku kat kampung. Time cuti sekolah tu JKK kampung anjuran program khatan ramai2. Meriahkaripap la dengan budak2 yang nak berkhatan & tak berkhatan juga. Dewan JKK tu depan je rumah aku. Kira tapak dewan tu arwah ayah kasi pinjam depan halaman umah aku yang nan luas terbentang. So, bila ada apa2 aktiviti kat situ memang aku tak terkecuali la menyibuk. Masa kanak2 apa sangat rasa malu yang ada. Bila acara potong memotong bermula.. aku sibuk la nak intai camna la gayanya tok mudim menyembelih senjata budak2 lelaki ni. Aku tengok ada batang pisang, Tok mudim dengan pisau keciknya & ada sorang pembantu yang tolong pegang2 budak tu. Sapa nak jadi orang 1st paling berani.. terpulang. Aku tengok yang 1st tu jer.. Mula2 macam hero la dia dengan lagak berani mati dia offer nak jadi orang 1st. Sampai je pisau tu menghiris kulit senjata dia.. Apa lagi meraung mengalahkan konsert black metal punya kuat. Yang lain bila tengok yang 1st tu meraung mula kecut ada yang macam kena histeria turut meraung walau belum tiba turn dia.. ada yang lintang pukang lari tapi berjaya di berkas balik mak bapak dia. Aku jadi ngeri.. terus lari masuk rumah. Macam aku lak peserta khatan, kan?? Itulah satu2nya pengalaman aku tengok budak lelaki berkhatan ramai - ramai. Yang lain kebanyakkan melawat budak2 berkhatan jer.. Apapun syabas anak buah aku berkhatan masa umur 5 tahun. Siapa maki hamun Tok mudim lagi. Sampai sekarang umur dia dah 9 tahun still benci dengar nama Tok Mudim.

    Pengalaman aku berkhatan?? Ntah la kena balik kampung tanya mak dulu sebab masa tu memori belum bleh save apa2 sebab dalam kategori bayi lagi. Kekekekekekeke

    Okey dah selesai story mory bagai tiba masa nak mengtag pula. Jom kita lihat sapa yang kena!!


    Nak join sila clik
    1 comments

    Saya Mau GA dari Miss Librarian

    Contest Anjuran Miss Librarian Yang menawarkan hadiah Ole2 dari Yogjakarta. Syarat yang mudah.. just..

    http://mid-sayang.blogspot.com/2010/12/2nd-ga-from-maera.html
    Banner

    Jadi Follower beliau

    Tag pada sekurang kurangnya 2 orang blogger
    Deqdeq
    Cma shima

    Kemudian macam biasa post link ke comment entri GA beliau. Jom mencuba nasib disini :  Saya Mau GA dari Miss Librarian
    1 comments

    Iphone 4 ke Blackberry Torch

    Contest kali ni anjuran SyedMuzzamir yang confisue nak pilih handphone mana dia nak beli. Meh la kita pakat tolong dia dengan menyertai contest ni. Bukan tolong free tau.. Ada hadiahnya. Kita amik mood dulu tengok hadiah2 yang bakal di ragut bagi peserta yang bertuah..

    Kepada yang bertuah, bakal membawa pulang.. *dumbrolls*
    Sebotol minyak wangi bernilai Rm50
    Untuk perempuan :  Glow by Jlo, Issey Miyake, DKNY
    Untuk lelaki : Dunhill Blue, Issey Miyake , Acqua di Gio

    Tu dia hadiah yang untuk mewangikan badan - badan yang masam.. So apa syaratnya untuk menjadi peragut pada hadiah ni??

    Banner memang wajib bagi setiap contest. So tak perlu di pertikaikan.

    Lagi??
    BUAT PILIHAN, Iphone 4 ke Blackberry Torch??
     Jawapan :Blackberry Torch

    Reason kenapa anda buat pilihan sebegitu -optional.xnak buat pun takpe. i just need your vote. :D  syarat ni telah dibuang =D 
    Kita bagi je la reason nya.. Rasanya Blackberry Torch lebih glamour berbanding Iphone 4 sebab rata2 manusia masakini asyik highlght Blackberry Torch. Semua bangga kalau ada Blackberry Torch berbanding Iphone 4. Kalau dah ramai suka maybe itu yang terbaik. Kalau tak masakan menjadi pilihan & idaman ramai kan??

    So abang syedmuzzamir pasni moga dapat la buat pilihan yer..

    Yang nak join sila clik : iphone 4 ke Blackberry Torch
    4 comments

    Contest Cerpen Sesedap Rasa


    Sedang asyik melayan blog.. Tiba - tiba sahaja.. Deringan handphone berkumandang. Dari melodinya sudah dapat ku teka.. SMS yang kunjung tiba. Punat2 di handphone rakus ku tekan membuka teks pesanan ringkas entah dari siapa. Ain Zulaikha. Apa jadah sms petang - petang begini... Ku tatap catatan di skrin


    Pelik!! Ain Zulaikha tidak pernah meminta sebarang bantuan sebelum ni.. Apatah lagi berkaitan wang. Lebih - lebih untuk meminta share credit dari orang lain. Pasti ada kecemasan! Tak perlu bakhil pada seorang kawan yang jarang menyusahkan. Andai dia tidak kesempitan.. pasti dia takkan menghantar pesanan teks begini. Tanpa banyak bersoal terus ku tunaikan permintaan Ain Zulaikha.. seterusnya memanggil terus ke taliannya. Bimbang kalau - kalau sesuatu yang buruk sedang berlaku padanya.

    "Kenapa Ain??" Soal aku sebaik Ain Zulaikha menjawab panggilan.
    "Aku sakit... Kat rumah ni. Time ni pula kredit abis." Jawabnya. Nada suara yang bergetar di hujung talian sudah dapat ku teka Ain Zulaikha memang dalam keadaan tidak sihat.
    "Tunggu aku datang. Nanti aku bawa kau pergi klinik!" Ujar ku tanpa perlu di suruh. Inilah guna seorang kawan. Andai untuk bersenang lenang sahaja.. Bersepah kawan begitu di luar sana. Memandangkan Ain Zulaikha sering membantu aku selama ni tanpa pernah sekali merungut apatah lagi meminta balasan.. Bagi aku pertolongan aku ini cuma sebesar zarah untuknya.

    Ku gegas bersiap ala kadar.. Baju kurung kuning ku sarung. Tudung merah jambu ku pakai.. Ahh.. lantaklah. Waktu ni tak perlu berkira sangat tentang penampilan. Yang penting kawan aku yang sedang sakit disana. Harus segera ku temui dia.

    Memandangkan aku tidak punyai pengangkutan sendiri hanya bergantung pada pengakutan awam.. terpaksa ku tugukan diri di perhentian bas yang tidak jauh dari rumah.

    "Bila di nanti.. lambat pula datang." Aku mula merungut kecil dalam hati yang semakin bimbang dengan keadaan Ain Zulaikha. Sebuah teksi meluru laju datang belum sempat aku bangun menahan dia terlebih dahulu memberhentikan teksinya di depan ku. Seraya mukaanya di jenguk keluar sambil memaki hamun. Pelik pula! Apa salah ku??

    "Cilaka punya kucing!! Nasib baik aku tak langgar. Kalau tak mampus kau!" Rupanya kucing melintas.. ku pantau di depan tayarnya. Mujur kucing itu tidak mengalami sebarang kecederaan namun wajahnya tampak trauma & terus berlari ke seberang jalan.


    "Uncle.. uncle.. Boleh saya naik??" Soal ku sebelum pemandu teksi berbangsa cina itu beredar.
    "Mau pergi mana??" Dia menyoal balas.
    "Saujana"
    "Ok.. naik la." Pelawanya. Terus ku meluru masuk...

    Hati kian berdebar bila tiba di depan rumah Ain Zulaikha. Walaupun hanya beberapa derap tapak melangkah namun ku tetap berlari anak. Gelisah ini makin memuncak. Pintu ketuk sambil memulas tembol. Tak berkunci. Terus aku membuka pintu....

    "Suprise!!" Hampir gugur jantung ku dengan jeritan kuat beramai ramai termasuk Ain Zulaikha yang tersengih memandang aku. Aku tercengang seketika.. Masih tidak memahami apa yang berlaku.

    "Happy birthday suria.." Ucap Ain Zulaikha.. Astafirullah.. aku hampir lupa hari ini hari lahir aku. Rupanya.. Ain Zulaikha membuat helah ini untuk mengadakan kejutan pada hari lahir aku. Tiba - tiba di celah ramai manusia yang terdiri dari teman - teman ku.. muncul seorang jejaka yang benar - benar memberi kejutan.

    "Shahrul!" Getus hati kecil.


    Selamat hari jadi suria.. " Tuturnya lembut sambil menghulurkan sepinggan nasi ayam dan segelas jus oren yang pernah menjadi makanan yang sering aku makan satu ketika dulu waktu persahabatan antara kami terjalin. Aku tergelak kecil. Sungguh aku tidak sangka.. hadiah dari shahrul sedemikian rupa. Namun kehadirannya mengingatkan aku pada satu nostalgia lama. Malah aku terharu.. dia masih mengingati apa yang aku pernah suka. Tak perlu ku bertanya.. pasti Ain Zulaikha yang menjejaki Shahrul sehingga kesini setelah sekian lama antara kami bertiga tidak bersua. Ain Zulaikha tahu.. dalam persahabatan ini.. Aku menyimpan perasaan terhadap shahrul namun kerana takut tak berbalas ku diamkan hingga saat kami bertiga terpisah mengejar haluan masing - masing.


    Kehadiran shahrul untuk ulangtahun kelahiran kali ni benar - benar menjadi terlalu istimewa. Mungkinkah akan tercipta kisah cinta antara kami??
    Sungguh jodoh itu sukar di teka. Selepas sebulan pertemuan semula.. Shahrul melamar ku.. Katanya sudah lama cinta tercipta hanya tunggu masa dan ketika untuk di realisasi di alam nyata. Dan kini.. setelah setahun pertemuan kembali.. Kami sudah menjadi sepasang suami isteri yang melewati hari - hari dengan penuh bahagia.

    P/s : cerpen pendek ini mengambil masa lebih kurang 20 minit kalau tak silap untuk di siapkan secara spontan bila di tag cekla.Maaf Ain Zulaikha tak dapat watak utama sebab nak masukkan watak shahrul yang realitinya memang suami saya. kekekekeke... Hope cerpen sesedap rasa melekit aku ni membawa tuah. Insyaallah.

    Okey tiba masa memasang perangkap melekit. Jom lihat insan2 yang kreatif ini di tag
    Jade
    Ainismaira
    Nordin
    Nak sertai??

    http://ainzulaikhas.blogspot.com/2010/11/contest-cerpen-sesedap-rasa.html

    Dah hadiah bakal di ragut pemenang adalah

    Wednesday, December 22, 2010 2 comments

    Pertandingan Template Tercantik by Gayahspears

    Contest kali ni di *tanda* oleh cekla.. Thanks yer cekla anjuran GayahSpears. Kelas kan nama dia.. Suka! Suka! Walaupun aku rasa cantik cuma di mata aku jer.. dimata korang tak tau la plah tapi tetap bersemangat waja menyahut cabaran Cik GayahSpears ni. Syaratnya mudah..

     Banner contes http://gayahspears.com/
    Kemudian haruslah memasang perangkap melekit untuk 3 orang.. Meh kita tengok sapa pulak kena jerat kali ni..

    Yang tak berjaya lepaskan diri

    Yang tak terkena perangkap melekit ni nak join sila la clik : Pertandingan Template Tercantik by Gayahspears
    Tuesday, December 21, 2010 0 comments

    Giveaway Malek Ku..Strawberry Earphone

    http://sayasukamalek.blogspot.com/
    GA ni anjuran Life Is Unpredictable dengan syarat yang simple & pemenang di pilih secara random generator atau lebih senang macam lucky draw jugak la. Tak salah mencuba.. mana tau lucky kan?? Tarikh tutup Malam Tahun Baru iatu 31 Dec 2010.

    So yang berminat boleh clil : Giveaway Malek Ku..Strawberry Earphone
    Monday, December 20, 2010 3 comments

    CabaranCuteNose


     Kali contest anjuran http://shahraily.blogspot.com/ untuk CabaranCuteNose. Nak tau apa cabarannya lihat gambar di bawah...

    Me & My hubby

    Barang siapa nak join sila clik :  CabaranCuteNose

    Sunday, December 19, 2010 1 comments

    Hijaucantik Giveaway

    http://orencantik.blogspot.com/2010/12/hijaucantik-giveaway_17.html

     Kali ni contest anjuran Auni's Jurnal. Dengan syarat yang sangat2 mudah.. then aku join la. Letak Banner.. Add As Follower & Masukkan dalam bloglist. Simple kan?? Tapi Pemenang berdasarkan cabutan bertuah jer.. Mana la tau ada tuah. Tak salah mencuba. Sesapa nak join boleh clik Hijaucantik Giveaway
    3 comments

    MELEKIT DI GIVEAWAY FELLA !

    Kali ni nak sudahkan tag dari lyfrina yer.. So terkena lastik melekit kat kat GIVEAWAY FELLA. Jom melekat sekejab dengan GA beliau

    http://atqhaypnyentri.blogspot.com/
    Selesai memacakkan banner syarat seterusnya haruslah memasang perangkap melekit.. Jom kita tengok sapa yang kena tag

    Nak tag
    Tasha
    Cma Shiema
    Cekla

    Bagi yang tak terkena perangkap melekit ni nak join boleh la sendiri clik menggunakan jari di :GIVEAWAY FELLA !
    Saturday, December 18, 2010 3 comments

    Game For Fun - Favorite Photo Contest

    http://jannatul-ardilla.blogspot.com/2010/11/game-for-fun-favorite-photo-contest.html
    diberi nama Nursuria Binti Azizan dengan panggilan comotnya, Suria, Sue, Abby, LekatLekitgurl dan menjenguk dunia pada tarikh28 Aug di kediaman rasminya di Padang Serai Kedah.

    Mempunyai dua blog melekit yang di beri nama
    Dunia Melekit Ku
    Apa Yang Melekat Lekit Hari Ini

    Dan beralamat
    Gambar Yang menjadi tatapan siang malam ku

    Kisah di yang terdapat dalam gambar ini...
    Gambar ni di ambil kat Dataran merdeka. Jurugambar dia My Hubby. Cantik sebab nampak awan malam then di sebalik awan kelihatan cahaya bulan. Di indahkan lagi dengan pokok yang tak tau apa nama pokok tu.. Nampak sungguh berseni di mata saya gambar ni. Kredit to My hubby. Of course modelnya saya walau tak nampak muka.
    Kata - kata yang dapat di ungkapkan tentang blog penganjur ni..
    Blog yang kemas & ringkas. Mudah untuk loading. Background putih bagaikan melambangkan kesucian seorang gadis. 

    Yang terkena perangkap melekit untuk contest ni adalah

    Sekiranya korang berminat nak join contest ni boleh clik : Game For Fun - Favorite Photo Contest
    Friday, December 17, 2010 2 comments

    eqbalzack 2010 Giveaway Contest

    Suka Tengok Filem Geng.?? Suka dengan watak kembar botak rambut sehelai kat tengah?? Kalau suka pasti korang suka dengan kalendar Upin & Ipin ni.


    Nak tau camna nak dapatkannya?? Sapa yang nak bagi hadiah ni?? Sila clik Upin & Ipin Giveaway! ends 17/12/2010

    http://www.eqbalzack.com
    Syarat wajib setiap contest mesti la da ni..>>>>>>>>>>>>>>>>










    Then baru la lengkapkan syarat lain seperti... Cekla <<<< Anda di tag

    Yang tak terkena tag & nak join jugak boleh la clik : "eqbalzack 2010 Giveaway Contest"
    12 comments

    My Header Contest

    Untuk contes ni Anjuran si comel yang lagu gebu Rieyana. Dengan kebolehan yang sedikit mengedit.. menkaler & mencreate header ni aku pun nak cuba nasib juga.

    Banner contest
    Header yang di pertaruhkan walau blog ni takde header lagi

    Dan ini pula..

    Hasil kerja melekit ku untuk Rieyana (hasil salah faham so aku attach je skali. Kekeke.. Ingat buat header untuk penganjur rupanya header sendiri)
     Hadiah yang di tawarkan oleh Rieyana..
       [HADIAH]
                 Pemenang akan dapat topup sbyk RM100
       (dan bg yg tak guna topup..yana boleh bankin rm100 k..)
      [TARIKH TUTUP]
          ..5hb/januari/2011..
               [PEMENANG DIUMUMKAN PADA]
      10hb/januari/2011
    So Tibalah masa memerangkap blogger dengan kuasa lekitan aku.. Jom Tengok sapa yang kena  tag

    Pada yang nak join contest boleh clik : My Header Contest
    2 comments

    'PEACE CONTEST' by EZAN IDMA

    Beralih dari blog Apa Yang Melekat Lekit hari ni ke Blog Dunia Melekit ku untuk di jadikan blog contest memandangkan blog ni aku jarang update & untuk di terlalu menlalangkan blog aku yang sedia meriah dengan macam - macam tu. Untuk blog ni aku nak rasmikan dengan contest anjuran EZAN IDMA.Bab - bab gambar memang aku banyak koleksi.. Then tak susah untuk aku join la.

    Syarat wajib Banner dah di tampal.

    Gambar Pertaruhan kali ni

    Tibalah masa untuk acara memasang perangkap Melekit aku. Jom kita tengok sapa yang kena tag


    Pada korang yang tak terlekat kat perangkap melekit ni nak join boleh clik : 'PEACE CONTEST' by EZAN IDMA
     
    ;