Tuesday, July 31, 2012 2 comments

40 TAHUN BARU TAHU DIA SEBENARNYA PEREMPUAN BUKAN LELAKI

Selepas 40 tahun menjadi lelaki, akhirnya dia menyedari dirinya wanita setelah menjalani rawatan akibat menghidapi batu karang. Dia terkedu apabila doktor yang merawatnya mendakwa dia sebenarnya seorang wanita berdasarkan fungsi jantinanya.

Sejak kecil lagi, dia tidak dimaklumkan kedudukan jantinanya.sepanjang hayatnya, dia hanya menyedari dirinya seorang lelaki berdasarkan keadaan fizikalnya walaupun terdapat beberapa tanda yang mengelirukannya. semasa remaja dia pernah menjalani rawatan di sebuah hospital tempatan bersama ayahnya, namun dia tidak dimaklumkan keadaan sebenar kedudukannya.Dia amat kesal setelah 40 tahun menjadi lelaki barulah dia mengetahui dia sebenarnya seorang wanita.Isterinya,mengakui sepanjang perkahwinannya mereka, dia merasai ada sesuatu yang dirahsiakan oleh suaminya tapi dia tidak sampai hati untuk meluahkannya.Suaminya seperti lelaki lain. Walaupun mempunyai beberapa kelainan di bahagian alat kelaminnya, dia tetap seperti seorang lelaki. Hasil dari perkahwinan mereka, di kurniakan 2 orang anak.

Setelah menyedari dirinya wanita, Dia kemudiannya mengubah diri kepada penampilan wanita atas sokongan isterinya, serta beberapa ahli keluarganya.Walaupun menukar penampilan, hubungan mereka masih kekal sebagai suami isteri. Cuma, ada ketikanya, dia  terpaksa mengubah penampilan lelaki apabila berdepan dengan kenalannya. (Artikel Penuh sila clik : 40 TAHUN JADI LELAKI)

Komen melekit : Ni kes lahir kunsa la kot.. Tapi dua2 jantina pun berfungsi ni. Jadi lelaki pun boleh hasilkan anak dengan perempuan.. kalau jadi perempuan entah2 boleh mengandung jugak. Tapi tak pula dalam artikel tu cakap dia ada datang bulan. Kuasa Allah.. kadang2 di luar jangkaan kita


Tuesday, July 17, 2012 2 comments

KERANA SITI NURHALIZA.. KELANTAN BAGI AMARAN

Penyanyi terkemuka negara, Datuk Siti Nurhaliza mengadakan persembahan terbuka di Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 peringkat Kota Bharu, Sabtu lalu tapi penganjur program itu mengatakan majlis itu merupakan program motivasi, namun di sebalik majlis itu mereka membawa penyanyi wanita tersohor menghiburkan penonton dengan persembahan nyanyian secara terbuka dan telah di beri amaran kerana melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 yangdikuatkuasakan di negeri itu.

Pihak yang melanggar peraturan itu akan dikenakan tindakan undang-undang dan boleh dikenakan denda tidak kurang dari RM1,000 di bawahcEnakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.

KAWALAN PERSEMBAHAN HIBURAN

3.1. Hiburan Yang Dilarang

Nama, Jenis dan kelas hiburan yang dilarang ialah Mak Yong, Menora, Wayang Kulit (tradisional), Main Puteri, Tinju Siam (Tomoi) dan Pelaga Binatang. Larangan ini meliputi semua peringkat tersebut.

3.2. Hiburan DiKawal Selia

Semua jenis dan kelas hiburan lain sama ada berbentuk atau dipersembahkan secara tradisional atau moden perlu dikawal selia tertakluk kepada ciri-ciri dan syarat-syarat berikut :

(i) Tidak melibatkan perempuan (cukup umur), lelaki menyerupai perempuan atau sebaliknya.

(ii) Tidak dipertunjukkan oleh lelaki bersama perempuan yang bercampur aduk tanpa batas syarie atau dipertunjukkan oleh perempuan yang mendedah aurat.

(iii) Tidak mengandungi kepercayaan, ucapan, bacaan dan perbuatan yang berunsur syirik, kufur, keji, lucah, mencela, memaki, fitnah, maksiat, dan sebagainya yang bercanggah dengan akidah syariah dan tatasusila Islam.

(iv) Tidak mengandungi unsur-unsur kafir seperti pemujaan roh, semangat, hantu syaitan, jin dan tempat yang dianggap keramat seperti kubur dan sebagainya.

(v) Tidak mengandungi unsur-unsur penghinaan, celaan, cacian, perkelahian, pergaduhan dan memecah belah perpaduan ummah.

(vi) Tidak merosak nyawa, akal, keturunan, kemudaratan tubuh badan dan harta benda individu dan awam.

(vii) Tidak mengandungi unsur-unsur perjudian atau pertaruhan yang melibatkan untung rugi.

(viii) Tidak mengganggu ketenteraman rumah ibadah Islam dan masyarakat awam.

(ix) Tidak mengandungi unsur-unsur penyeksaan kepada binatang-binatang atau memusnahkan tumbuh-tumbuhan kecuali yang dihalalkan oleh syariah Islam.

(x) Tidak mendorong kepada perbuatan syirik, kufur, mungkar, maksiat, pergaduhan dan memusnahkan harta benda serta kemudahan awam.

(xi) Tidak melalaikan daripada melaksanakan tanggungjawab atau kewajipan terhadap Allah, diri sendiri, keluarga, masyarakat dan umum.

(xii) Tidak mengandungi unsur-unsur sihir dan penipuan.

Rujukan : Sinar Harian

Dari Isu yang di petik dari sinar harian Online ni terbaca pulak 1 komen tak berapa pandai dari sorang hamba Allah ni.. Meh kita saksikan komen tersebut...


Komen Melekit pulak..
Dei.. baiya! Kalau retis yang asal dari kelantan balik kelantan nak beli beras ke, ikan ke, budu ker nak makan dari duit hasil nyanyi takkan la depa nak kata tak boleh. Apa yang dorang buat di luar negeri kelantan tu dah di luar bidang kuasa kerajaan negeri kelantan. Tu la nak komen tak study hard dulu..

P/S : komen melekit tak merujuk @ bermaksud @ berunsurkan politik. Saya takde parti.. :D
Monday, July 16, 2012 0 comments

HAIWAN TERBIAR & KITA MANUSIA

Eauwwwwwww,, jijiknya kau!
Hahahahahaha.. biar kau telan air liur saja!
Ohhhhhhhhhh.. Kasihannya dia.. mari sayang mama papa usap kepala.
Nah.. ambil rezeki kamu hari ini mungkin esok lusa ada lagi.

Apa kamu akan kata?
Saat dia datang mengesel ke kaki.. adakala memanjat di kerusi. Sekadar meminta sedikit santapan mengisi perut yang sedang bernyanyi.

Cis! kotor pergi kau dari sini. di sepak tergolek mengaduh dalam ngiau'an
Arghhhhhhh... jauhkan dia dari aku. Berlari jauh sebatu melihat kamu yang comot berkudis
Duduk la atas riba mama papa.. rasai hangatnya kasih sayang seorang manusia. Tidak peduli nanah kudis yang berkota di badanya.

Reaksi kamu yang bagaimana?
Saat dia cuba bermanja. Walau untuk seketika. Mungkin esok sudah tiada lagi hari baginya. Mungkin saat mencari makan dia menjadi korban kekejaman atau korban kesibukkan dunia.

Walau seminit dua masa..kalau tidak selamanya
Dia harap akan ada yang sudi.. sisa makanan itu di beri
Sentuhan di kepala atau badan.. sesaat dua
Untuk merasa bagaimana di manja

Dia sedar akan dirinya.. tiada harga
Tapi naluri makhluk punya hati tak mampu untuk di lawan
Masih mahu merasa nikmat kekenyangan & belaian
Setiap hari dia tetap berusaha meminta, mencari & meneroka
Dia tidak pernah putus asa.. selagi kudratnya ada biar akal sejengkal cuma.

 
;