Contest Cerpen Sesedap Rasa


Sedang asyik melayan blog.. Tiba - tiba sahaja.. Deringan handphone berkumandang. Dari melodinya sudah dapat ku teka.. SMS yang kunjung tiba. Punat2 di handphone rakus ku tekan membuka teks pesanan ringkas entah dari siapa. Ain Zulaikha. Apa jadah sms petang - petang begini... Ku tatap catatan di skrin


Pelik!! Ain Zulaikha tidak pernah meminta sebarang bantuan sebelum ni.. Apatah lagi berkaitan wang. Lebih - lebih untuk meminta share credit dari orang lain. Pasti ada kecemasan! Tak perlu bakhil pada seorang kawan yang jarang menyusahkan. Andai dia tidak kesempitan.. pasti dia takkan menghantar pesanan teks begini. Tanpa banyak bersoal terus ku tunaikan permintaan Ain Zulaikha.. seterusnya memanggil terus ke taliannya. Bimbang kalau - kalau sesuatu yang buruk sedang berlaku padanya.

"Kenapa Ain??" Soal aku sebaik Ain Zulaikha menjawab panggilan.
"Aku sakit... Kat rumah ni. Time ni pula kredit abis." Jawabnya. Nada suara yang bergetar di hujung talian sudah dapat ku teka Ain Zulaikha memang dalam keadaan tidak sihat.
"Tunggu aku datang. Nanti aku bawa kau pergi klinik!" Ujar ku tanpa perlu di suruh. Inilah guna seorang kawan. Andai untuk bersenang lenang sahaja.. Bersepah kawan begitu di luar sana. Memandangkan Ain Zulaikha sering membantu aku selama ni tanpa pernah sekali merungut apatah lagi meminta balasan.. Bagi aku pertolongan aku ini cuma sebesar zarah untuknya.

Ku gegas bersiap ala kadar.. Baju kurung kuning ku sarung. Tudung merah jambu ku pakai.. Ahh.. lantaklah. Waktu ni tak perlu berkira sangat tentang penampilan. Yang penting kawan aku yang sedang sakit disana. Harus segera ku temui dia.

Memandangkan aku tidak punyai pengangkutan sendiri hanya bergantung pada pengakutan awam.. terpaksa ku tugukan diri di perhentian bas yang tidak jauh dari rumah.

"Bila di nanti.. lambat pula datang." Aku mula merungut kecil dalam hati yang semakin bimbang dengan keadaan Ain Zulaikha. Sebuah teksi meluru laju datang belum sempat aku bangun menahan dia terlebih dahulu memberhentikan teksinya di depan ku. Seraya mukaanya di jenguk keluar sambil memaki hamun. Pelik pula! Apa salah ku??

"Cilaka punya kucing!! Nasib baik aku tak langgar. Kalau tak mampus kau!" Rupanya kucing melintas.. ku pantau di depan tayarnya. Mujur kucing itu tidak mengalami sebarang kecederaan namun wajahnya tampak trauma & terus berlari ke seberang jalan.


"Uncle.. uncle.. Boleh saya naik??" Soal ku sebelum pemandu teksi berbangsa cina itu beredar.
"Mau pergi mana??" Dia menyoal balas.
"Saujana"
"Ok.. naik la." Pelawanya. Terus ku meluru masuk...

Hati kian berdebar bila tiba di depan rumah Ain Zulaikha. Walaupun hanya beberapa derap tapak melangkah namun ku tetap berlari anak. Gelisah ini makin memuncak. Pintu ketuk sambil memulas tembol. Tak berkunci. Terus aku membuka pintu....

"Suprise!!" Hampir gugur jantung ku dengan jeritan kuat beramai ramai termasuk Ain Zulaikha yang tersengih memandang aku. Aku tercengang seketika.. Masih tidak memahami apa yang berlaku.

"Happy birthday suria.." Ucap Ain Zulaikha.. Astafirullah.. aku hampir lupa hari ini hari lahir aku. Rupanya.. Ain Zulaikha membuat helah ini untuk mengadakan kejutan pada hari lahir aku. Tiba - tiba di celah ramai manusia yang terdiri dari teman - teman ku.. muncul seorang jejaka yang benar - benar memberi kejutan.

"Shahrul!" Getus hati kecil.


Selamat hari jadi suria.. " Tuturnya lembut sambil menghulurkan sepinggan nasi ayam dan segelas jus oren yang pernah menjadi makanan yang sering aku makan satu ketika dulu waktu persahabatan antara kami terjalin. Aku tergelak kecil. Sungguh aku tidak sangka.. hadiah dari shahrul sedemikian rupa. Namun kehadirannya mengingatkan aku pada satu nostalgia lama. Malah aku terharu.. dia masih mengingati apa yang aku pernah suka. Tak perlu ku bertanya.. pasti Ain Zulaikha yang menjejaki Shahrul sehingga kesini setelah sekian lama antara kami bertiga tidak bersua. Ain Zulaikha tahu.. dalam persahabatan ini.. Aku menyimpan perasaan terhadap shahrul namun kerana takut tak berbalas ku diamkan hingga saat kami bertiga terpisah mengejar haluan masing - masing.


Kehadiran shahrul untuk ulangtahun kelahiran kali ni benar - benar menjadi terlalu istimewa. Mungkinkah akan tercipta kisah cinta antara kami??
Sungguh jodoh itu sukar di teka. Selepas sebulan pertemuan semula.. Shahrul melamar ku.. Katanya sudah lama cinta tercipta hanya tunggu masa dan ketika untuk di realisasi di alam nyata. Dan kini.. setelah setahun pertemuan kembali.. Kami sudah menjadi sepasang suami isteri yang melewati hari - hari dengan penuh bahagia.

P/s : cerpen pendek ini mengambil masa lebih kurang 20 minit kalau tak silap untuk di siapkan secara spontan bila di tag cekla.Maaf Ain Zulaikha tak dapat watak utama sebab nak masukkan watak shahrul yang realitinya memang suami saya. kekekekeke... Hope cerpen sesedap rasa melekit aku ni membawa tuah. Insyaallah.

Okey tiba masa memasang perangkap melekit. Jom lihat insan2 yang kreatif ini di tag
Jade
Ainismaira
Nordin
Nak sertai??

http://ainzulaikhas.blogspot.com/2010/11/contest-cerpen-sesedap-rasa.html

Dah hadiah bakal di ragut pemenang adalah

Share this article :
+
Previous
Next Post »
4 Komentar untuk "Contest Cerpen Sesedap Rasa"

huhu...saya kena tag..
thanx cik lekit

bestnye cerpen awak ni abby! gudluck!

kekekekeke.. cerpen sambil jenjalan je ni best apa.

Terima Kasih Sudi Komen Di Sini
 
Template By. Kunci Dunia Designed by sensasi2020
Back To Top