Contest kali ni anjuran budak nakal yang bernama Kompas berlegar dan sibuk. Menganjurkan contest pengalaman berkhatan. Tak kira laki pompuan boleh join. Ok jom baca tentang pengalaman aku berkaitan Khatan ni.
Kisah ni masa zaman aku kanak - kanak juga. Time biasa la orang buat khatan beramai2 kat kampung.. time cuti skolah. Kan nak kena berpantang bagai budak lelaki yang berkhatan, kan?? Itulah kali pertama & terakhir budak laki lalui alam berpantang kan?? kalau pompuan.. tak semestinya sekali. Kalau 10 anak sepuluh kali la.
Kisah ni berlaku kat kampung. Time cuti sekolah tu JKK kampung anjuran program khatan ramai2. Meriahkaripap la dengan budak2 yang nak berkhatan & tak berkhatan juga. Dewan JKK tu depan je rumah aku. Kira tapak dewan tu arwah ayah kasi pinjam depan halaman umah aku yang nan luas terbentang. So, bila ada apa2 aktiviti kat situ memang aku tak terkecuali la menyibuk. Masa kanak2 apa sangat rasa malu yang ada. Bila acara potong memotong bermula.. aku sibuk la nak intai camna la gayanya tok mudim menyembelih senjata budak2 lelaki ni. Aku tengok ada batang pisang, Tok mudim dengan pisau keciknya & ada sorang pembantu yang tolong pegang2 budak tu. Sapa nak jadi orang 1st paling berani.. terpulang. Aku tengok yang 1st tu jer.. Mula2 macam hero la dia dengan lagak berani mati dia offer nak jadi orang 1st. Sampai je pisau tu menghiris kulit senjata dia.. Apa lagi meraung mengalahkan konsert black metal punya kuat. Yang lain bila tengok yang 1st tu meraung mula kecut ada yang macam kena histeria turut meraung walau belum tiba turn dia.. ada yang lintang pukang lari tapi berjaya di berkas balik mak bapak dia. Aku jadi ngeri.. terus lari masuk rumah. Macam aku lak peserta khatan, kan?? Itulah satu2nya pengalaman aku tengok budak lelaki berkhatan ramai - ramai. Yang lain kebanyakkan melawat budak2 berkhatan jer.. Apapun syabas anak buah aku berkhatan masa umur 5 tahun. Siapa maki hamun Tok mudim lagi. Sampai sekarang umur dia dah 9 tahun still benci dengar nama Tok Mudim.
Pengalaman aku berkhatan?? Ntah la kena balik kampung tanya mak dulu sebab masa tu memori belum bleh save apa2 sebab dalam kategori bayi lagi. Kekekekekekeke
Okey dah selesai story mory bagai tiba masa nak mengtag pula. Jom kita lihat sapa yang kena!!
Nak join sila clik
2 Komentar untuk "PENGALAMAN MENGENDAP BUDAK2 LELAKI BERKHATAN"
ARGH!!!!
tidak!!!
segan..
hahaahaahahah..
paperpown, thx sbb tag.. hehehehe
hahaha.. budak2 lg time tu