IMPIAN KU SEORANG BLOGGER

Dah lama Abang Badan sasa tak buat segmen.. Tetiba dia muncul kembali bersama segmenya... Impian ku seorang blogger. Setiap blogger kalau takde impian dalam berblog macam pelik jer.. Macam buat sesuatu yang takde target & arah tuju. Macam tu jugak aku.. Aku ada impian aku dari kali pertama cuba tulis blog & sampai sekarang


Blog aku ada dua.. Blog Utama aku Apa Yang Melekat Lekit hari ni tapi aku guna blog kedua untuk join segmen ni sebab lama dah tak update. Kekuatan blog aku (blog Utama).. Mungkin sebab kelantangan aku memberi pendapat pada isu2 semasa. Rasanya orang lebih kenal blog aku dengan tema macam tu. Ada suka ada yang tak suka tapi itulah kekuatan blog aku bila entri2 macam tu lebih mendapat views selain entri reviews produk terutama kosmetik & produk kesihatan. Boleh tahan jugak la views untuk review tu.

Impian aku?? Banyak.. Kalau mula2 tulis blog dulu memang sebab aku nak penulisan aku orang lain baca even aku masa tu still tak tau apa sebenarnya nak aku tulis dalam blog. Tapi serius aku minat menulis & Impian aku nak penulisan aku di kenali maka aku terus menulis blog

Impian aku sekarang bila aku rasa blog aku dah ada tapak dalam dunia blog ni walau tak popular sangat tapi ada la orang kenal & orang dah mula tau corak penulisan aku macam mana.. Impian aku upgrade sikit la nak jadikan blog aku bukan sekadar taip & post. Selain menjadikan blog aku sebagai sumber pendapatan.. Aku still lagi dengan Impian mempopularkan penulisan aku. Tetap aku nak jugak penulisan aku orang kenal. Dan ramai yang tak tahu impian aku masa kecik memang nak jadi penulis. Zaman kanak2 aku takde internet apatah lagi blog.. So, masa tu aku tak terbayang aku akan jadi penulis blog tapi akhirnya aku jadi jugak penulis walau dulu pernah berangan nak jadi penulis novel & wartawan. hahaha Jadi itulah impian aku seorang blogger.

Yang nak join segmen Ben Ashaari boleh terjah kat sini Impian seorang Blogger.

Share this article :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "IMPIAN KU SEORANG BLOGGER"

singgah sini

http://eurukaseven.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html

Terima Kasih Sudi Komen Di Sini
 
Template By. Kunci Dunia Designed by sensasi2020
Back To Top