TUAH MR OS PADA GIGI. PERNAH MEMBINTANGI FILEM HOLLYWOOD

Mesti ramai yang masih ingat akan pelakon yang di kenali sebagai Mr. Os ni walaupun nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid. Popular sekitar 90an kini nama Mr.Os seakan tenggelam dari persada seni walaupun mula Berkecimpung dalam industri seawal tahun 1984

Carian Google
Mula terjebak dalam dunia seni apabila beliau menghantar sepucuk surat kepada RTM untuk menyertai bidang lakonan setelah beliau menonton rancangan Drama Minggu Ini dan merasakan lawak mereka tidak realistik marah dengan pelakon-pelakon yang terlibat & juga di cabar oleh kedua orang tuanya menghadiri ujibakat sekiranya beliau yakin mampu menandingi pelakon tersebut.

rezeki berpihak kepadanya apabila ditawarkan untuk menjadi pelakon dan sitkom Santan Belada merupakan penglibatan pertama beliau dalam dunia lakonan dan dikenali Mr Os sehingga kini dari penangan watak yang di bawa dalam sitkom itu juga.

Bermula dengan watak tambahan dalam filem Balik Kampung, dia kemudiannya menerima peranan lebih besar menerusi filem Mr. Os. pada tahun 1987. Malah kerana filem itulah Os semakin dikenali dan mengecap populariti yang tinggi. Pada tahun 1988,beliau menandatangani kontrak bersama SV Production dan menjayakan empat filem dalam masa dua tahun iaitu Hero, Adik, Kembar Siam dan Ok.

Pernah mencipta kontroversi  apabila menolak membintangi filem Jejaka Perasan di samping Liza Abdullah.Os pernah mencipta nama di arena perfileman Hollywood menerusi filem Beyond Rengoon dan Fifty Fifty. Selain itu dia turut membintangi beberapa filem Indonesia seperti Bisikan Arwah, Omong Besar dan Jodoh Boleh Diatur.

Tidak pernah jauh hati dengan industri seni, Os kini, rancak merencana karier seninya selain kembali di layar perak dengan dua filem, Ops Pocot dan Toyol Nakal, Os juga dengan album solo, ‘Berkenan Benor Teman’. Selain itu, Os juga bakal bergelar DJ Radio tidak lama lagi.

Rujukan : SInar Harian
Share this article :
+
Previous
Next Post »
4 Komentar untuk "TUAH MR OS PADA GIGI. PERNAH MEMBINTANGI FILEM HOLLYWOOD"

dh lama x dgr kaba pak os ni,hahahaha suka lah tgk lawak dia

ade tag~
http://cmashiema.blogspot.com/2011/07/rm338-room-cash-voucher-equatorial.html

tengok muke dier pn da bleh gelak..hahahaha.. ;p

Terima Kasih Sudi Komen Di Sini
 
Template By. Kunci Dunia Designed by sensasi2020
Back To Top