KERANA SITI NURHALIZA.. KELANTAN BAGI AMARAN

Penyanyi terkemuka negara, Datuk Siti Nurhaliza mengadakan persembahan terbuka di Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 peringkat Kota Bharu, Sabtu lalu tapi penganjur program itu mengatakan majlis itu merupakan program motivasi, namun di sebalik majlis itu mereka membawa penyanyi wanita tersohor menghiburkan penonton dengan persembahan nyanyian secara terbuka dan telah di beri amaran kerana melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 yangdikuatkuasakan di negeri itu.

Pihak yang melanggar peraturan itu akan dikenakan tindakan undang-undang dan boleh dikenakan denda tidak kurang dari RM1,000 di bawahcEnakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.

KAWALAN PERSEMBAHAN HIBURAN

3.1. Hiburan Yang Dilarang

Nama, Jenis dan kelas hiburan yang dilarang ialah Mak Yong, Menora, Wayang Kulit (tradisional), Main Puteri, Tinju Siam (Tomoi) dan Pelaga Binatang. Larangan ini meliputi semua peringkat tersebut.

3.2. Hiburan DiKawal Selia

Semua jenis dan kelas hiburan lain sama ada berbentuk atau dipersembahkan secara tradisional atau moden perlu dikawal selia tertakluk kepada ciri-ciri dan syarat-syarat berikut :

(i) Tidak melibatkan perempuan (cukup umur), lelaki menyerupai perempuan atau sebaliknya.

(ii) Tidak dipertunjukkan oleh lelaki bersama perempuan yang bercampur aduk tanpa batas syarie atau dipertunjukkan oleh perempuan yang mendedah aurat.

(iii) Tidak mengandungi kepercayaan, ucapan, bacaan dan perbuatan yang berunsur syirik, kufur, keji, lucah, mencela, memaki, fitnah, maksiat, dan sebagainya yang bercanggah dengan akidah syariah dan tatasusila Islam.

(iv) Tidak mengandungi unsur-unsur kafir seperti pemujaan roh, semangat, hantu syaitan, jin dan tempat yang dianggap keramat seperti kubur dan sebagainya.

(v) Tidak mengandungi unsur-unsur penghinaan, celaan, cacian, perkelahian, pergaduhan dan memecah belah perpaduan ummah.

(vi) Tidak merosak nyawa, akal, keturunan, kemudaratan tubuh badan dan harta benda individu dan awam.

(vii) Tidak mengandungi unsur-unsur perjudian atau pertaruhan yang melibatkan untung rugi.

(viii) Tidak mengganggu ketenteraman rumah ibadah Islam dan masyarakat awam.

(ix) Tidak mengandungi unsur-unsur penyeksaan kepada binatang-binatang atau memusnahkan tumbuh-tumbuhan kecuali yang dihalalkan oleh syariah Islam.

(x) Tidak mendorong kepada perbuatan syirik, kufur, mungkar, maksiat, pergaduhan dan memusnahkan harta benda serta kemudahan awam.

(xi) Tidak melalaikan daripada melaksanakan tanggungjawab atau kewajipan terhadap Allah, diri sendiri, keluarga, masyarakat dan umum.

(xii) Tidak mengandungi unsur-unsur sihir dan penipuan.

Rujukan : Sinar Harian

Dari Isu yang di petik dari sinar harian Online ni terbaca pulak 1 komen tak berapa pandai dari sorang hamba Allah ni.. Meh kita saksikan komen tersebut...


Komen Melekit pulak..
Dei.. baiya! Kalau retis yang asal dari kelantan balik kelantan nak beli beras ke, ikan ke, budu ker nak makan dari duit hasil nyanyi takkan la depa nak kata tak boleh. Apa yang dorang buat di luar negeri kelantan tu dah di luar bidang kuasa kerajaan negeri kelantan. Tu la nak komen tak study hard dulu..

P/S : komen melekit tak merujuk @ bermaksud @ berunsurkan politik. Saya takde parti.. :D
Share this article :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "KERANA SITI NURHALIZA.. KELANTAN BAGI AMARAN"

Entahnya..adoii

eh, kenapa cik lekit aktifkan balik blog ni?Nak kena baca yang mana satu ni???

blog ni entri malas2 jer.. saja bg hidup. sbb asyik dpt BE kt blog ni je.. alang kepalang dia ada.. bg la nyawa. kekekekeke

Terima Kasih Sudi Komen Di Sini
 
Template By. Kunci Dunia Designed by sensasi2020
Back To Top