YANG SUKA MINUM KOPI KENA TAHU PASAL NI

Siapa kat sini suka minum kopi? Ramai.. Sebab sekarang ni peminat kopi bukan golongan orang2 tua jer.. golongan muda remaja sekarang pun dah mula ketagih dengan kopi.


sedikit info tentang kopi... Kopi selama ini dianggap sebagai minuman untuk menambah tenaga dan menyegarkan orang mengantuk. Benarkah kopi sehebat itu? Kandungan utama kopi ialah kafein, ianya berfungsi sebagai perangsang susunan saraf otak, sistem pernafasan serta sistem pembuluh darah dan jantung. Sebab itu tidak hairanlah setiap pengambilan kopi dalam jumlah wajar, tubuh kita akan menjadi segar, daya pemikiran lebih cepat dan tidak mudah mengantuk. Kandungan kafein dalam 200 gram kopi mencecah 135 mg, berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg.

Kafein sering kali juga dijadikan salah satu bahan pelengkap pada ubat sakit kepala. Ini kerana, kafein mempunyai kemampuan menyempitkan pembuluh darah ke otak (vasokonstriksi) sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab kepada sakit kepala. Selain itu, kafein juga dapat mengurangkan lemak. Secara fisiologi, tubuh orang yang mengalami kegemukan kurang mampu membakar lemak ketika bersenam berbanding orang bertubuh normal. Akibatnya, tubuh akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula darah menurun. Ini adalah penyebab mengapa orang gemuk merasa lapar kembali selepas bersenam dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga segera. Tetapi awas! Pastikan kandungan gula didalam kopi tidak terlalu banyak.

So, macam mana korang nak nikmati kopi yang sedap tanpa menggunakan krimer & gula.. Ada caranya. Nak tau?? Meh baca kat sini >>  Selain Krimer & Gula, Nikmati Variasi Kopi Baru Dengan 6 Bahan Mudah Ini! <<

Share this article :
+
Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "YANG SUKA MINUM KOPI KENA TAHU PASAL NI"

salams aidilfitri sue:)
akak dtg baca info yg sangat berguna:)

Terima Kasih Sudi Komen Di Sini
 
Template By. Kunci Dunia Designed by sensasi2020
Back To Top