INI RESEPI SEBENAR RAMBUTAN ASAM BOI YANG SEDAP

INI RESEPI SEBENAR RAMBUTAN ASAM BOI YANG SEDAP. Jeruk & perempuan memang sinonim tapi aku tak berapa tipikal perempuan kalau bab2 ni sebab aku bukan jenis pemakan jeruk nak2 lagi yang masam masam. Asam boi pun kalau campur dalam air jadi rasa masam2 manis tu aku minum la tapi kalau nak makan sebiji2 asam boi 5 hari 4 malam pun tak habis lagi asam boi nan sebiji tu hahaha. Tak berapa tahan masam katanya. Kadang2 tengok orang makan benda masam2 pun aku dah terasa masam dalam mulut aku. So aku jarang terliur sangat la dengan jeruk atau colek..


Tapi biasa la sekarang trend jeruk guna asam boi. kalau sebelum ni jadi Viral mangga asam boi sekarang dah rambutan asam boi. Almaklum la dah masuk musim buah buahan ni kan.. Sana sini orang dok share jeruk rambutan asam boi. Ada yang jenis penggemar jeruk ni memang meleleh la air liur tengok rambutan asam boi kan. Tidur malam termimpi mimpi. Rambutan ada, asam boi ada tapi resepi tak tahu pun tak boleh buat jugak.

Ia bukan semata mata asam boi, rambutan & cili nak buat rambutan asam boi yang sedap ok. Jadi korang perlu tahu resepi yang betul. Jadi kalau nak tahu macam mana nak buat rambutan Asam boi yang sedap meh tengok resepinya kat sini. Jadi tengok betul2 yer bahan yang di gunakan. Jangan nanti main buat je tak sedap salahkan orang yang viral tu menipu pulak. hehehe

Bahan-bahan:
- Rambutan
- 100g asam boi
- 9 biji limau
- 8 cili padi
- 2 sudu besar madu
- Garam

Cara-cara:
1. Hiris cili padi dan limau.
2. Masukkan ke dalam mangkuk dan gaul bersama rambutan, asam boi, madu dan garam.
3. Simpan di dalam bekas kedap udara semalaman di dalam peti sejuk.
4. Hidang!

atau boleh tonton video cara menyediakan rambutan asam boi kay video di bawah


Moral of the story.. Semoga entri ni bermanafaat kepada penggemar jeruk
Share this article :
+
Next
This is the current newest page
Previous
Next Post »
3 Komentar untuk "INI RESEPI SEBENAR RAMBUTAN ASAM BOI YANG SEDAP"

Rasa macam tak boleh nak telan plak..

tak pernah buat. sebab kejap je habis rambutan

Ya Allah..sedapnya...ada lagi ke ek rambutan, nak kena buat juga ni.Bab jeruk... Thanks kongsi resipinya.

Terima Kasih Sudi Komen Di Sini
 
Template By. Kunci Dunia Designed by sensasi2020
Back To Top