PERKARA YANG BUAT STESEN MINYAK JADI KURANG SELAMAT. Stesen minyak sekarang kadang2 dah jadi macam RnR. Orang tak berhenti kat stesen minyak semata mata nak isi minyak dah. Macam2 sebab orang singgah ke stesen minyak ni. Tak kira la dengan niat baik atau jahat. Samada nak buat perkara baik atau tak senonoh.. Pendek kata stesen minyak ni dah jadi macam center. Semua golongan akan singgah tak kira miskin,kaya,orang baik atau orang jahat. Masing2 ambil kesempatan keatas apa yang ada kat stesen minyak sekarang.
Sebab benda ni ada kat stesen minyak, maka kadang2 nak isi minyak pun orang jadi was was tapi sebab minyak sangat penting untuk gerakkan kenderaan terpaksa jugak la singgah dalam keadaan yang berjaga jaga. Sebab penjenayah pun tahu.. Orang yang singgah kat stesen minyak ni dari berbagai golongan. Ada kaya, ada miskin & ada jugak berlagak kaya dengan kereta mewah bos. Tu salah satu sebab.. Antara sebab lain stesen minyak jadi sasaran penjenayah adalah ada benda benda ni maka ramai orang akan singgah. Bila ramai orang akan singgah maka target mangsa yang berkualiti pun mesti ramai. Nak tau benda apa, meh tengok kat sini >> 8 Perkara Yang Boleh Buat Di Stesen Minyak <<
Almaklum la penjenayah sekarang ada dalam pelbagai rupa, jantina & imej. Ada perempuan bertudung, ada lelaki yang berpenampilan warak & ada yang memang rupa memang real penjahat. Jadi tak semestinya penjenayah melakukan jenayah dalam cara kasar ada jugak penjenayah yang buat jenayah dengan cara sapapun tak sedar.
Jadi kalau singgah ke stesen minyak tak kira dengan apapun alasan, nak singgah minum ke, nak singgah cucuk duit kat mesin atm ke, nak tumpang toilet ataupun nak singgah solat sekalipun sentiasa ingat orang jahat ada di mana2 walau dalam rumah Allah.
WAJAR LAGI KE NAK GUNA DOMAIN BERBAYAR?
-
*WAJAR LAGI KE NAK GUNA DOMAIN BERBAYAR?* Zaman kegemilangan blog
lekatlekit story ni macam dah suram sekarang. Nak update entri baru pun
macam ada dalam...
7 months ago
0 Komentar untuk "PERKARA YANG BUAT STESEN MINYAK JADI KURANG SELAMAT"