Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts
Monday, June 27, 2016 0 comments

6 PERKARA YANG ORANG SELALU LUPA NAK BUAT DI BAZAR RAMADAN

6 PERKARA YANG ORANG SELALU LUPA NAK BUAT DI BAZAR RAMADAN. Hujung2 ramadan makin meriah la bazar ramadan. Yang sebelum ni jarang nak jenguk bazar & rajin memasak juadah berbuka hujung2 ramadan dia mula jadi tak cukup tangan. Almaklum la mana nak buat kuih raya, mana nak settle kelengkapan raya anak anak.. jadi bazar ramadan la pilihan bagi meringankan kerja yang banyak di hujung ramadan ni.


Sebab ramai yang suka berkunjung di bazar ramadan tapi suka lupa nak buat benda ni maka atas keprihatinan di hujung2 ramadan ni aku nak share jugak la benda ni. Confirm ramai antara kita yang memang selalu lupa buat benda ni walau sebenarnya benda ni paling afdal kita buat bila berkunjung di bazar ramadan. Nak tau apa benda yang sering orang lupa nak buat di bazar ramadan meh tengok kat sini >> 6 Perkara Yang Patut Orang Buat Bila Ke Bazar Ramadan Tapi Ramai Yang Tak Buat << Confirm ramai di antara yang baca entri ni memang tak buat kan 6 perkara tu.

Apapun di hujung ramadan ni buat la perkara perkara yang baik mendatangkan pahala. Ikut masa semua orang rasa masa tak cukup.. sentiasa rasa tak sempat. Tapi kita lupa yang menguruskan masa adalah kita bukan masa yang menguruskan kita.
Monday, December 21, 2015 0 comments

BOS YANG SKANDAL DENGAN STAFF DIA JE AKAN BUAT BENDA NI

BOS YANG SKANDAL DENGAN STAFF DIA JE AKAN BUAT BENDA NI. Sebaik baik bos dengan pekerja dia aku tak rasa sampai sanggup buat benda ni. Memang sangat2 mustahil la. Kalau dia buat jugak memang ada something la.. kecuali la si bos memang ada skandal dengan staff dia sendiri. Memang tak pelik la kalau dia boleh buat.. Bukan sekali dua.. mungkin tiap2 bulan. Tak mustahil tiap minggu berlaku walau hari bekerja sekalipun.

gambar sekadar hiasan

Tapi benda yang kita tak pernah terfikir atau sangka tu rupanya berlaku pada Bos Oh!bulan & pekerjanya walau mereka tak ada apa - apa skandal sekalipun. RM4k tu dia bagi, Biar betik?? erkk betul?? Gila beb memang macam tak percaya bila aku baca semua ni. Kenapalah Bos OhBulan??

Apapun seorang bos takkan bagi RM4k & suruh staff dia buat sesuatu tanpa sebab atau untuk kepentingan peribadi staff tu. Macam bos OhBulan suruh staff dia buat benda ni >> Benda Yang Mustahil Bos Akan Suruh Staff Buat Tanpa Sebab << Bos OhBulan pun suruh staff dia buat bersebab bukan untuk kepentingan nafsu depa semata mata tau. Hahaha.. Mana mungkin benda ni boleh berlaku untuk kepentingan peribadi staff tu kan. Bos pun manusia jugak kot.. Baik macam mana pun bos tetap ada hati & nafsu seorang manusia. Mustahil dia mampu jadi sebaik baik malaikat. hehehehe
Tuesday, December 8, 2015 0 comments

FESYEN RAMBUT YANG MUNGKIN BUAT ANDA GELAKKAN DIRI SENDIRI

FESYEN RAMBUT YANG MUNGKIN BUAT ANDA GELAKKAN DIRI SENDIRI. Kalau dulu fesyen potongan rambut macam tu buat kita rasa macam trendy & bergaya sangat dah tapi sekarang mungkin kita akan gelakkan balik fesyen rambut yang pernah kita buat. Sebab zaman dah berubah.. Mungkin zaman sekarang fesyen2 rambut macam tu nampak kelakar giler atau out of date dah..


Tapi best jugak bila tengok balik fesyen2 rambut zaman kegemilangan kita dulu.. Nak2 lagi budak lelaki la. Zaman aku fesyen rambut belah tengah. Kalau sekarang memang aku tengok pun nak tergelak tapi zaman aku sekolah tu memang fesyen sikat rambut macam tu kita trendy sangat dah.

Bagi mengimbau kembali fesyen2 rambut zaman nostalgia dulu.. Mungkin yang generasi sekarang tak sempat nak tengok. Meh la tengok kat sini tapi awas! Jangan gelak kuat sangat >> 20 fesyen rambut paling epic di Malaysia <<

Apapun yang jadi kenangan itu tetap indah walau hodoh... hahahaha
Wednesday, November 25, 2015 0 comments

AWAS! JANGAN KE INDIA SEBELUM TAHU 13 PERKARA NI

AWAS! JANGAN KE INDIA SEBELUM TAHU 13 PERKARA NI. Sapa kat sini ada merancangan nak pergi ke negara India sempena cuti sekolah ni. Ada ke yang pilih destinasi pelancongan akhir tahun ni ke India? Kalau yang ada wajib baca entri ni... Kalau tak ada niat nak pergi India pun kena baca agar anda tidak terlepas sesuatu yang sangat penting untuk anda tahu tentang India.


Negara India.. Aku ni sebenarnya tak pernah ada Impian sangat nak kesana. Tak tahu kenapa sebab aku tak ada duit kot nak melancong luar negara yang jauh jauh ni. Hahaha... Kalau ada duit sampai tak tau nak travel kena negara mana maybe India akan masuk dalam travel list aku. Jangankan nak ke India.. Malaysia pun tak habis lagi jelajah. Tapi bagi mereka yang minat travel ni kalau nak ke India ini yang mesti korang tahu >> 13 Perkara Yang Anda Kena tahu Tentang India Sebelum Flight Ke Sana <<

Penting untuk kita tahu serba sedikit tentang tempat yang nak kita kunjungi supaya tak menyesal atau menyusahkan bila sampai kesana. Sekurang kurangnya kita dah buat persiapan awal menghadapi apa yang ada di sana. Jadi sematkan sikap rajin mencari info bila kita memilih sesatu destinasi untuk pergi nak2 tempat yang kali pertama kita nak pergi.
Monday, November 23, 2015 0 comments

MESTI BACA! TAK LAMA LAGI MALAYSIA AKAN ADA APA YANG US ADA

MESTI BACA! TAK LAMA LAGI MALAYSIA AKAN ADA APA YANG US ADA. Kenapa pulak Malaysia akan sama macam US & 5 buah negara yang lain. Ada kena mengena dengan kedatangan Obama ke Malaysia haritu ke? Misteri nusantara ni... Kita harus bongkar kepada semua rakyat malaysia. agar mereka tidak ketinggalan.


Alkisahnya beberapa bulan lagi Malaysia akan ada benda ni walaupun kat US dah berkurun depa guna. Malah.. UK, korea & taiwan pun dah ada benda ni. Malaysia ni nampaknya masih ketinggalan tapi sebab kita taknak ketinggalan terlalu jauh maka tak lama lagi kita akan ada apa yang mereka ni ada.

Nak tahu apa yang bakal ada kat Malaysia beberapa bulan lagi meh tengok kat sini >> Tahu tak Malaysia bakal mempunyai sesuatu yang sehebat 4 negara besar ni? Tak sabarnya! <<

Wah lepas ni makin enjoy la kita duduk rumah. Tak payah risau sangat pasal esteruk yang takut hujan. Kita boleh dapat yang lebih best dari esteruk. Tak sabar pulak aku nak tunggu benda ni. hahahaha
Friday, October 30, 2015 0 comments

PERKARA SERAM YANG BERLAKU SECARA ONLINE

PERKARA SERAM YANG BERLAKU SECARA ONLINE. Untuk orang yang penakut mungkin perkara ni akan jadi fobia atau trauma pada mereka bagi yang mempunyai keberanian tahap extreme maybe takde apa sangat la. Mungkin bagi mereka sesuatu yang mencabar. Bergantung pada kekuatan diri masing masing la.


Tapi kalau spesis yang tengah2 nak kata penakut sangat tak.. nak kata berani pun tak mungkin akan terkesan jugak la kalau berlaku perkara perkara macam ni kat diri mereka. Aku tak tahu tahap mana. Samada aku boleh hadapi situasi seram & menakutkan macam ni atau tak. Sebab aku sendiri pun tak pasti tahap penakut atau berani aku ni level mana.

Bila perkara2 ni berlaku secara online memang kita sendiri takkan sangka. Yelah.. mana ada orang rasa perkara mistik boleh berlaku secara online. Macam mana kalau tiba2 ia berlaku pada diri anda macam ni>>Anda Takkan Berani Jawab Mesej Atau Video Call Selepas tengok ni <<

Kalau ada yang sakit jantung berisiko pulang ke rahmatullah jugak ni kalau jadi benda2 macam ni. Yang takde penyakit pun boleh jatuh sakit katanya. So, dont try this at home @ anywhere.
Thursday, October 29, 2015 0 comments

6 PERKARA YANG MENYERAMKAN SEDANG BERLAKU DI MALAYSIA

6 PERKARA YANG MENYERAMKAN SEDANG BERLAKU DI MALAYSIA. Macam berlaku kat Malaysia sekarang. Ada yang kelakar, ada yang menyakitkan hati, ada yang menyusahkan tak kurang jugak ada yang menyeramkan. Malaysia sekarang bukan je berbilang kaum, budaya, suku kaum, adat & makanan malah berbagai kisah seram jugak. Kalau sebut pasal cerita seram semua teruja je nak baca.


Seram tak semestinya melibatkan makhluk halus jer tapi macam perkara boleh buat ia jadi seram. Kadang2 manusia lebih menyeramkan dari hantu. Perkara seram yang aku nak bagitau melibatkan satu benda yang berasap. Jin suka la asap2 ni kan? sebab salah satu makanan jin adalah asap. Benda berasap ni lah yang mencetuskan perkara perkara seram berlaku kat Malaysia sekarang ni katanya. Nak tau apa perkara seram tu meh baca kat sini >> Sanggup ke korang duduk kat Malaysia kalau 6 benda menyeramkan ni berlaku? Risaunya! <<

Macam perkara berlaku berkaitan benda berasap termasuk la jerebu. Tapi jerebu ok la.. sampai masa dia pergi juga tapi benda berasap ni sentiasa ada tanpa bermusim. Dimana2 saja boleh nampak & dapat. Mustahil untuk dihalang dari menyeramkan kerajaan Malaysia selagi ada permintaan dari rakyat Malaysia.

Moral of the story.. Inilah kesan kenaikkan harga yang berlaku kat Malaysia sehingga menyebabkan Malaysia semakin di selubungi Misteriiiiiiiiiii
Friday, October 23, 2015 0 comments

JADI KAYA SEBAB BERJAYA KURUSKAN BADAN

JADI KAYA SEBAB BERJAYA KURUSKAN BADAN. Dalam hidup ni sapa tak nak kurus, tak nak cantik & tak nak kaya. Semua orang nak. Pakej sangat la sapa ada ketiga2 kategori ni. Dah la lansing, cantik lepas tu kaya pulak. Berbaris orang nak jadi pasangan katanya. Yelah.. fitrah manusia sukakan kecantikan, kekayaan. Tapi takkan sebab kurus je boleh jadi kaya, kan?


Amboi senangnya nak kaya. Kurus je confirm kaya. Confirm tu tidak la tapi peluang tu ada. Habis yang sejak azali kurus sampai sekarang tak kaya kaya macam mana pulak. Tu sebab kurus sejak azali. Ni sebab dari gemuk jadi kurus tetiba jadi kaya.

Korang tak caya? Tak caya meh tengok sini >> Kisah Benar Orang Gemuk Yang Jadi Kaya sebab Kuruskan Badan <<

Apapun nak jadi kaya tetap la kena usaha. Even individu ni kaya selepas kurus tapi ingat senang ke nak kurus. Hanya orang yang betul2 ada azam & usaha yang kuat je mampu mencapai tahap macam ni. Apapun cerita orang gemuk yang jadi kaya selepas kurus ni moga jadi motivasi kepada semua yang berbadan besar. Bukan niat nak mengejek ke apa.. sekadar memberi perangsang untuk anda. Peace
Thursday, October 22, 2015 0 comments

PERKARA YANG BUAT STESEN MINYAK JADI KURANG SELAMAT

PERKARA YANG BUAT STESEN MINYAK JADI KURANG SELAMAT. Stesen minyak sekarang kadang2 dah jadi macam RnR. Orang tak berhenti kat stesen minyak semata mata nak isi minyak dah. Macam2 sebab orang singgah ke stesen minyak ni. Tak kira la dengan niat baik atau jahat. Samada nak buat perkara baik atau tak senonoh.. Pendek kata stesen minyak ni dah jadi macam center. Semua golongan akan singgah tak kira miskin,kaya,orang baik atau orang jahat. Masing2 ambil kesempatan keatas apa yang ada kat stesen minyak sekarang.


Sebab benda ni ada kat stesen minyak, maka kadang2 nak isi minyak pun orang jadi was was tapi sebab minyak sangat penting untuk gerakkan kenderaan terpaksa jugak la singgah dalam keadaan yang berjaga jaga. Sebab penjenayah pun tahu.. Orang yang singgah kat stesen minyak ni dari berbagai golongan. Ada kaya, ada miskin & ada jugak berlagak kaya dengan kereta mewah bos. Tu salah satu sebab.. Antara sebab lain stesen minyak jadi sasaran penjenayah adalah ada benda benda ni maka ramai orang akan singgah. Bila ramai orang akan singgah maka target mangsa yang berkualiti pun mesti ramai. Nak tau benda apa, meh tengok kat sini >> 8 Perkara Yang Boleh Buat Di Stesen Minyak <<

Almaklum la penjenayah sekarang ada dalam pelbagai rupa, jantina & imej. Ada perempuan bertudung, ada lelaki yang berpenampilan warak & ada yang memang rupa memang real penjahat. Jadi tak semestinya penjenayah melakukan jenayah dalam cara kasar ada jugak penjenayah yang buat jenayah dengan cara sapapun tak sedar.

Jadi kalau singgah ke stesen minyak tak kira dengan apapun alasan, nak singgah minum ke, nak singgah cucuk duit kat mesin atm ke, nak tumpang toilet ataupun nak singgah solat sekalipun sentiasa ingat orang jahat ada di mana2 walau dalam rumah Allah.
Monday, October 19, 2015 0 comments

TERBONGKAR PERKARA YANG ADA KAT STESEN MINYAK

TERBONGKAR PERKARA YANG ADA KAT STESEN MINYAK. Stesen minyak ni tak payah tipu la.. Orang tak singgah hanya nak isi minyak. Kadang2 tak kena mengena dengan minyak pun depa singgah. Macam2 tujuan la orang singgah stesen minyak ni. Kadang2 ada yang singgah semata mata nak parking & tidur je. Apa.. ingat takde orang buat macam tu ke.


Stesen minyak sekarang bukan sekadar tempat isi minyak. Fungsinya lebih dari sekadar untuk isi minyak. Mungkin ada antara anda sedar akan perkara ni tapi ada perkara jugak yang ada kat stesen minyak kita tak tahu sebab tu kadang2 kita tak rasa fungsi stesen minyak tu lebih dari sekadar untuk isi minyak & guna toilet.

Kini pembongkaran secara besar besaran telah di buat. Bagi yang jarang nak singgah & tinjau apa yang ada kat stesen minyak meh tengok sini >> 5 Perkara Yang Ada di Stesen Minyak Buat Orang Singgah <<

Moral of the story.. Biasa la sekarang ni semua multifunction katanya. Dalam 1 nama ada macam2 kemudahan untuk memudahkan pelanggan berurusan. Stesen minyak pun dah jadi macam RnR sekarang ni. Nak2 kalau musim perayaan.
Thursday, October 8, 2015 0 comments

YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG FIRST WORLD HOTEL GENTING HIGHLAND

YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG FIRST WORLD HOTEL GENTING HIGHLAND. Rasanya kalau setakat momokkan kisah seram kat First World hotel genting ni dah tak lalu aku nak baca apatah lagi nak cerita. Hotel mana2 pun tak ada kata jaminan tak di ganggu makhluk halus ni. Ikut nasib & ikut cara kau jugak menginap kat sesatu tempat tu. Kadang2 benda tu bukan dari tempat penginapan kita pun tapi mungkin dari tempat2 yang kita kunjungi sebelum balik ke tempat penginapan. Tapi bila berlaku gangguan kat tempat kita menginap terus kita judge tempat tu berhantu.


walaupun first world hotel genting ni terkenal dengan cerita cerita seram tapi tak bankrup pun hotel tu. Tetap ada orang yang menginap & bukan semua yang menginap kat situ hadapi gangguan2 mistik ni. Kadang2 tak ada apa yang ganggu pun tapi sebab mentaliti kita yang penakut ni terlebih berimaginasi tengok bayang2 sendiri pun dia rasa macam nampak hantu. Jadi bagi aku selagi tempat tu ada pengunjung yang bukan hanya dari geng paranormal maka takde la berhantu sangat. Tak perlu cuak @ takut nak menginap kat situ.

Tapi bukan cerita seram pasal first world hotel aku nak share dengan hangpa tapi ada sesuatu yang lebih buat korang teruja pasal first world hotel ni. Nak2 lagi yang rasa nak buat short vacation (percutian pendek) kat Genting Highland. Ini perlu korang tahu tentang First World hotel sekarang >> Awas! Jangan Terlepas pandang Pasal First World Hotel jika anda ke Genting <<

Moral of the story... Jangan tidur dalam keadaan kotor. Sebab itu juga salah satu penyebab kita di ganggun jin & syaitan nak2 lagi kat tempat2 asing yang jarang kita pergi
Sunday, October 4, 2015 2 comments

VIRAL! GAMBAR PENGANTIN JAWA MAKEUP MACAM OPERA CINA

VIRAL! GAMBAR PENGANTIN JAWA MAKEUP MACAM OPERA CINA. Ternampak ada page post satu gambar pengantin dari orang jawa, Indonesia. Terkejut tengok makeup dia. Admin page tu pun caption dia macam menganjing makeup pengantin tu sambil menyindir mungkin bayar andam murah atau andam tu berdendam dengan pengantin. Aku pun mula2 pelik jugak takkan la tahap macam tu nak dajalkan pengantin. Kesian pulak tengok rupa dia. Dah la untuk hari bahagia dia.


Rupanya bila baca salah satu komen, memang makeup dah menjadi tradisi orang jawa kat situ makeup macam tu. Bukan pasal kena dajal dengan mak andam bagai. Tu la sebelum nak buat spekulasi atau nak gelakkan orang kaji dulu. Lain tempat lain budaya & cara termasuk makeup. Kau pernah tengok pengantin orang asli makeup macam retis malaysia kawen? Takde kan? Sebab tu budaya & adat mereka. Cantik di pandangan mata setiap kaum tak sama. Walaupun kita nampak macam kelakar tak mustahil depa tengok cara kita makeup pun kelakar jugak.


Moral of the story tak payah nak gelakkan orang sangat. Sekarang ni pun banyak badut yang perasan lawa dengan kening sin chan. Tu pun ada hati nak gelakkan muka orang. hehehe
Friday, October 2, 2015 2 comments

KELEBIHAN WANITA BERAMBUT LURUS

KELEBIHAN WANITA BERAMBUT LURUS. Mesti yang rambut jenis kerinting atau beralun cuak kan baca tajuk entri ni. Kalau rambut lurus cepat naik gaji ke? naik pangkat ke? senang dapat kerja ke? Gamaknya kalau rambut kerinting value kurang ke macam mana.

Gambar Sekadar Hiasan. Sumber Google

Amboi jangan la cuak sangat aih.. Rilex ok! Kelebihan mungkin boleh jugak jadi satu kekurangan. Rambut ni nak jadi lurus atau kerinting atau ikal mayang kadang2 faktor genetik jugak. Kalau dah mak bapak rambut afro secara semulajadi jadi tak pelik la keluar anak pun gen2 rambut afro jugak Tapi zaman sekarang ni tak susah ada macam2 teknik nak luruskan rambut dari zaman buat rambut lurus guna papan (straightening cara lama), seterika rambut (nak jimat), rebonding (style baru) sampailah semudah guna syampo jer. So, tak payah runsing sangat kalau rambut hangpa jenis berpintal2 ker.. afro ke hapa. Takde masalah tak boleh selesai.

Tapi yang berpusu2 sangat orang nak luruskan rambut ni apa yang best sangat. Yelah.. tak di nafikan rambut lurus ni banyak jugak manafaatnya terutama kat kaum wanita la. Lebih lagi yang bekerja. Nak tau apa kelebihan rambut lurus pada wanita yang bekerja meh baca kat sini >> Kelebihan wanita berambut Lurus <<

Lurus ke bengkok ke.. Ingatlah apa yang Allah bagi tu adalah sebaik baiknya. Setiap kejadian tu tiada satu pun yang sia sia.
Tuesday, September 29, 2015 0 comments

FESYEN MUSLIMAH DENGAN GAYA TURBAN STAR WARS

FESYEN MUSLIMAH DENGAN GAYA TURBAN STAR WARS. Bila kita membayangkan sesuatu yang tak berlaku boleh berlaku memang agak lawak & kreatif imaginasi tu. Macam tu jugak dengan satu artikel ni yang membayangkan andai penempatan star wars adalah Malaysia ini yang akan berlaku.


Dari penglibatan watak Yoda yang katanya mungkin akan jadi penasihat Dato Seri Najib sampai la ke penjual kelapa yang bakal menikmati kemudahan mengopek kepala dari peratan star wars. Memang lawak. Tapi paling tak boleh blah.. sampai fesyen pun terkesan jugak kalau star wars bertempat di Malaysia. Fesyen muslimah dengan turban star wars katanya selain di kaitkan dengan wak doyok katanya akan berubah style kalau star wars bertempat di Malaysia.


Kalau korang nak baca 13 perkara yang mungkin berlaku kalau star wars bertempat di Malaysia termasuk la pasal fesyen muslimah dengan gaya turban star wars tu meh la tengok kat sini macam mana turban gaya star wars ni >> 13 Perkara yang Mungkin Berlaku Jika Penempatan Star Wars Di Malaysia <<

Manusia memang kalau bab nak merapu depa paling handal. Tapi sekali sekala merapu dengan imaginasi macam ni boleh jugak kurangkan stress dengan gelak walau tak mampu kurangkan jerebu. hehehhee
Tuesday, September 22, 2015 0 comments

INILAH NAMA ANAK LISA SURIHANI & YUSRI KRU

INILAH NAMA ANAK LISA SURIHANI & YUSRI KRU. Ramai peminat Lisa surihani & yusri menanti pengumuman nama anak mereka. Almaklum la anak pasangan selebriti popular la katakan. Nak2 lagi pasangan yang sama cantik sama padan & dapat anak pulak tak kurang comel putih melepak macam mak bapak dia jugak. yelah..kang keluar dengan warna lain orang pelik pulak.


Tengok tadi dah mula viral & tersebar gambar dari majlis tahnik anak lisa & yusri. Di samping tu di umumkan nama anak mereka. Amboi nama seindah orangnya. Maksudnya pun cantik. So tak payah jadi kontroversi dah pasal maksud di sebalik nama. Pakej depa bagitau sekali semua.

Nama anak kepada Lisa & yusri adalah Yahaira Leanne yang bermaksud 'sebaik baik kelembutan. Aduhai.. dengar nama pun dah jatuh cinta mujur tak ada anak teruna kalau tak confirm berangan nak ambil jadi menantu. hahahaha

Apapun bermula fasa baru pada pasangan suami isteri ni setelah lahirnya baby girl yang comel lote. Maka kena la banyak belajar cara untuk membesarkan anak. Ni peringkat baby lagi, nanti dah besar dah pandai tanya tu ni.. buat tu ni kena belajar pulak cara nak menjawab soalan anak dengan betul agar tak salah cara. Sebab orang sekarang kebanyakkan memang rasa betul cara didikan mereka tapi sebenarnya salah. Tak caya baca kat sini >> Ini buktinya Kita Banyak melakukan Kesalahan cara bercakap & memberitahu anak tentang sesuatu << 

Apapun semoga gugirl lisa & yusri membesar menjadi anak yang solehah, baik budi pekerti & berbakti pada agama, ibu bapa,bangsa, & negara.
1 comments

WALAU MAJALAH UJANG DAH TIADA TAPI MASIH ADA KOMIK BEST KAT SINI

WALAU MAJALAH UJANG DAH TIADA TAPI MASIH ADA KOMIK BEST KAT SINI. Peminat komik & kartun ni kira info paling best la untuk korang. Yelah.. sejak MOY Publisher menutup operasi sekaligus majalah yang pernah menjadi kegemaran ramai dulu Ujang & Apo turut di hentikan keluarannya ramai yang sedih & pilu umpama hidup lepas ni dah tak ada gelak tawa.


Jangan risau penggemar komik & kartun2 kelakar.. lepas ni confirm hidup korang tak di selubungi kemurungan lagi. Korang tak payah beli majalah lagi korang boleh bergelak tawa dengan komik2 kelakar yang mampu buat urat kentut anda putus sebab gelak tak henti henti.

Nak tau kat mana korang nak baca komik2 best dari 13 kartunis ni meh test kelakar kat sini >> 13 Kartunis yang perlu ada ikuti setiap hari <<

Hidup ni kita kena ada kepelbagaian. tak semestinya kita minat cerita cinta asyik layan kisah cinta yang kejab frust, kejab pasrah, kejab bahagia,kejab konflik sementara nak tunggu ending bahagia tu. Walau aku penggemar filem seram aku jugak suka baca komik & boleh berdekah dekah gelak macam kena sawan gelak sebab baca komik.
Monday, September 21, 2015 0 comments

SHAHIEZY SAM SANGGUP BERKORBAN UNTUK JULIANA EVANS

SHAHIEZY SAM SANGGUP BERKORBAN UNTUK JULIANA EVANS. Sepanjang dok ikuti kisah cinta Shaheizy Sam & Juliana Evans ni aku pun dah jadi jiwang karat. hahaha... yelah sweet je tengok depa dua ni. Bukan je sama cantik sama padan malah sama2 sanggup berkorban demi cinta. macam shah rukh khan dengan kajol dalam kuch kuch hota hei gitu.


Kisah Pelagi cinta Sam & Juliana dah sampai ke fasa ke ketiga dah ni. Semakin hari cinta mereka semakin tiada apa yang nak di sembunyikan lagi. Masing masing tak mampu menidakkan perasaan terhadap satu sama lain. Sebelum ni sam pernah datang & hilang dalam hidup Juliana namun kehadirannya untuk kali ni mengubah segalanya. Walau Sam pernah hilang dari hidup Juliana tapi Juliana tak pernah lupakan Sam. Nak cerita pasal cinta orang aku tak reti korang boleh tengok perjalanan cerita cinta mereka kat sini. Please jangan nangis tau lepas tengok. hahaha >> Pelangi cinta Sam & Juliana (4) <<

Itulah namanya kalau dah jodoh asam di darat, ikan di laut dalam kuali bertemu jugak. Cinta ni memang salah satu cara menguji kesetian seorang manusia. Bukan je setia malah macam2 dia uji.. iman, uji perasaan, uji perbuatan. Kiranya ujian cinta ni lebih berat dari ujian peperiksaan semester akhir la. hahahaha
Friday, September 18, 2015 0 comments

JANGAN TERKEJUT INI YANG ORANG SUKA MAKAN PEDAS AKAN BUAT

JANGAN TERKEJUT INI YANG ORANG SUKA MAKAN PEDAS AKAN BUAT. Rakyat Malaysia memang terkenal dengan makanan & masakan pedas. tak pedas tak Malaysia la katanya. Sampai Spaghetti aglio Olio pun pada asalnya masakan tu takde letak cili padi tapi bila kat Malaysia majoriti penggemar spaghetti macam aku akan letak cili padi. Tu la beza tekak orang Malaysia dengan orang barat.

Sumber Google

Orang yang suka makan pedas ni dia akan buat macam2 cara untuk membangkitkan rasa pedas dalam setiap makanan dia. Dulu aku terkejut tengok ada orang makan mee goreng dengan sambal belacan. Ni betul2 tekak melayu pure punya ni. Asalkan boleh ada rasa pedas, apa jer makanan pedas yang ada depan mata dia mesti dia campur dengan hidangan lain supaya pedas. Ada jugak aku pernah jumpa orang buat cili hijau sebagai ulam yang di makan dengan sambal belacan. Pedas + Pedas.. boleh keluar asap kat telinga. Sebab tu tak pelik banyak restoran atau kedai2 makan memang sediakan cili padi kicap atau sambal belacan dalam setiap hidangan.

Tapi makan sambal belacan dengan mee goreng tak extreme sangat la kan. Ada yang lebih extreme orang yang suka makan pedas ni buat. Nak tau apa perkara yang extreme yang penggemar makanan pedas akan buat supaya sentiasa dapat menikmati makanan mereka dengan rasa pedas meh tengok kat sini >> Jika anda benar2 seorang yang suka makan pedas, Ini mungkin anda selalu buat <<

Gila la beb! aku makan jugak pedas tapi tak sampai tahap macam tu punya obses dengan rasa pedas. Tapi tu la.. Orang yang benar2 suka makan pedas je tahu nikmati rasa pedas sampai tahap macam tu.
Thursday, September 17, 2015 0 comments

GAMBAR LISA SURIHANI & YUSRI BERSAMA BAYI PEREMPUAN MEREKA

GAMBAR LISA SURIHANI & YUSRI BERSAMA BAYI PEREMPUAN MEREKA. Ramai yang tak sabar nak tengok gambar baby girl lisa surihani & yusri KRU. Mana taknya.. tak terbayang betapa comel la gugirl tu sebab gabungan mak bapak yang sama cantik sama padan sama putih melepak. Ramai yang bayangkan betapa comel giler anak depa ni. Kalau ikut yusri pun comel.. ikut lisa pun comel. Pendek kata gen kedua2 belah pihak ni comel2 belaka la.


Ternampak dah blog gosip retis post gambar baby lisa & yusri. Biasa la depa memang mempunyai kepakaran mendapat cerita,berita & gambar retis dengan pantas. Kita ni tumpang2 je la. Almaklum blogger picisan tepian kali katanya.

Mesti korang pun nak tengok kan gambar yang aku cakap tu. meh la tengok kat sini..


Gambar jauh pun dah nampak aura comel tu. Gamaknya kalau close up lagi comel la kot. Apapun tahniah. Semoga jadi anak yang solehah & berbakti pada agama,ibubapa bangsa & negara.
0 comments

KERETA HARITH ISKANDAR KENA REJECT DENGAN PEMBELI SEBAB BUSUK

KERETA HARITH ISKANDAR KENA REJECT DENGAN PEMBELI SEBAB BUSUK. Kesian kan jadi retis. Kereta busuk pun jadi isu besar sangat. Alkisahnya si harith Iskandar ni nak jual kereta dia nak beli kereta yang lebih besar. Tapi sampai 3 pembeli yang datang tengok kereta dia ketiga tiganya reject sebab kereta dia busuk sangat.


Korang boleh tengok kat  sini cerita penuh pasal pembeli tak jadi beli kereta harith iskandar sebab busuk  kalau tak caya  >> Kereta Harith Iskandar kena reject dengan pembeli sebab busuk << Jadikan pengajaran kisah Harith Iskandar ni. Sebelum nak jual kereta korang bukan kena pastikan luaran je bersih. Dalam kereta pun kena pastikan bersih & tak busuk. Sebab tu pentingnya kereta kena sentiasa wangi & berbau segar. Jangan condition body jer bagus tapi dalam kereta bau bangkai  memang la kalau aku pun reject.

Moral of the story.. Sentiasa jaga kebersihan kereta anda. Jangan bawa makanan berbau atau benda2 yang berbau busuk dalam kereta. Kalau terpaksa juga bawa pastikan selepas semua benda busuk tu di keluarkan buat aktiviti menyahkan bau. Macam2 produk penyegar bau kereta ada. Cara tradisional pun ada. Cuma kena rajin sikit je nak buat
 
;