WALAU MAJALAH UJANG DAH TIADA TAPI MASIH ADA KOMIK BEST KAT SINI
Jangan risau penggemar komik & kartun2 kelakar.. lepas ni confirm hidup korang tak di selubungi kemurungan lagi. Korang tak payah beli majalah lagi korang boleh bergelak tawa dengan komik2 kelakar yang mampu buat urat kentut anda putus sebab gelak tak henti henti.
Nak tau kat mana korang nak baca komik2 best dari 13 kartunis ni meh test kelakar kat sini >> 13 Kartunis yang perlu ada ikuti setiap hari <<
Hidup ni kita kena ada kepelbagaian. tak semestinya kita minat cerita cinta asyik layan kisah cinta yang kejab frust, kejab pasrah, kejab bahagia,kejab konflik sementara nak tunggu ending bahagia tu. Walau aku penggemar filem seram aku jugak suka baca komik & boleh berdekah dekah gelak macam kena sawan gelak sebab baca komik.
Buat Manusia Yang Taksub Politik
Politik sekarang semakin parah lagi2 bagi golongan yang obses & taksub sampai kotak fikiran mereka di penjara dengan satu fahaman politik sampai tak boleh terima perbezaan pendapat apatah lagi yang baik kalau ianya datang dari pihak yang tak disokong.
Benda ni semakin parah bila wujudnya pejuang politik di laman sosial. Putus kawan tu tak pelik la kalau putus silaturrahim pun boleh berlaku hanya sebab berbeza fahaman politik.
Satu benda yang korang (manusia2 yang taksub) kena tahu kita ni manusia mustahil dalam setiap perkara kita sama & sependapat even keluar dari perut mak yang sama pun. Berbeza pendapat tu normal yang jadi tak normal adalah mereka2 yang putuskan silaturrahim sebab tak sama pendapat.
Last words.. Kita mungkin berbeza pendapat tapi tak semestinya bertegang urat. Buat kawan2 yang obses sangat tu,lapangkan hati buka minda jadi orang yang matang bukan jadi manusia yang hidup dalam kepompong sempit sampai tak boleh terima perbezaan. Robot pun setting dia bukan semua sama inikan pula kita manusia.peace!
DI SEBALIK RM1 YANG ORANG TAK TAHU & VIDEO PANAS SAYANGI SELANGOR
Jom kita cerita pasal RM1 dulu. Ramai yang tak tahu apa yang ada di sebalik RM1, kan?? Ramai yang pandang RM1 sekarang ni nilainya dah sangat2 kecil, kan?? Tapi tahukah anda apa yang ada di sebalik RM1 ni?? Kalau nak tahu jom kita sama - sama tengok kat sini >> Di sebalik RM1 yang korang tak tahu <<
Pilihanraya dah semakin dekat.. kemeriahan berkempen pun dah jelas nampak. Kat mana2 sekarang meriah dengan bendera dari pelbagai parti politik termasuk la kat negeri selangor ni. Tak cukup dengan kempen mulut, kempen kat TV, kempen bendera, kempen kat laman sosial, blog bagai.. kempen Video pulak. Amboi berkempen sakan depa, kan?? Nak Video Panas sempena PRU13 ni jom tengok kat sini>> Video Panas Sayangi Selangor << Panas ke tidak atau panas hati jer.. tengok la sendiri yer.



- Follow Us on Twitter!
- "Join Us on Facebook!
- RSS
Contact