Showing posts with label seram. Show all posts
Showing posts with label seram. Show all posts
Friday, October 30, 2015 0 comments

PERKARA SERAM YANG BERLAKU SECARA ONLINE

PERKARA SERAM YANG BERLAKU SECARA ONLINE. Untuk orang yang penakut mungkin perkara ni akan jadi fobia atau trauma pada mereka bagi yang mempunyai keberanian tahap extreme maybe takde apa sangat la. Mungkin bagi mereka sesuatu yang mencabar. Bergantung pada kekuatan diri masing masing la.


Tapi kalau spesis yang tengah2 nak kata penakut sangat tak.. nak kata berani pun tak mungkin akan terkesan jugak la kalau berlaku perkara perkara macam ni kat diri mereka. Aku tak tahu tahap mana. Samada aku boleh hadapi situasi seram & menakutkan macam ni atau tak. Sebab aku sendiri pun tak pasti tahap penakut atau berani aku ni level mana.

Bila perkara2 ni berlaku secara online memang kita sendiri takkan sangka. Yelah.. mana ada orang rasa perkara mistik boleh berlaku secara online. Macam mana kalau tiba2 ia berlaku pada diri anda macam ni>>Anda Takkan Berani Jawab Mesej Atau Video Call Selepas tengok ni <<

Kalau ada yang sakit jantung berisiko pulang ke rahmatullah jugak ni kalau jadi benda2 macam ni. Yang takde penyakit pun boleh jatuh sakit katanya. So, dont try this at home @ anywhere.
Thursday, October 29, 2015 0 comments

6 PERKARA YANG MENYERAMKAN SEDANG BERLAKU DI MALAYSIA

6 PERKARA YANG MENYERAMKAN SEDANG BERLAKU DI MALAYSIA. Macam berlaku kat Malaysia sekarang. Ada yang kelakar, ada yang menyakitkan hati, ada yang menyusahkan tak kurang jugak ada yang menyeramkan. Malaysia sekarang bukan je berbilang kaum, budaya, suku kaum, adat & makanan malah berbagai kisah seram jugak. Kalau sebut pasal cerita seram semua teruja je nak baca.


Seram tak semestinya melibatkan makhluk halus jer tapi macam perkara boleh buat ia jadi seram. Kadang2 manusia lebih menyeramkan dari hantu. Perkara seram yang aku nak bagitau melibatkan satu benda yang berasap. Jin suka la asap2 ni kan? sebab salah satu makanan jin adalah asap. Benda berasap ni lah yang mencetuskan perkara perkara seram berlaku kat Malaysia sekarang ni katanya. Nak tau apa perkara seram tu meh baca kat sini >> Sanggup ke korang duduk kat Malaysia kalau 6 benda menyeramkan ni berlaku? Risaunya! <<

Macam perkara berlaku berkaitan benda berasap termasuk la jerebu. Tapi jerebu ok la.. sampai masa dia pergi juga tapi benda berasap ni sentiasa ada tanpa bermusim. Dimana2 saja boleh nampak & dapat. Mustahil untuk dihalang dari menyeramkan kerajaan Malaysia selagi ada permintaan dari rakyat Malaysia.

Moral of the story.. Inilah kesan kenaikkan harga yang berlaku kat Malaysia sehingga menyebabkan Malaysia semakin di selubungi Misteriiiiiiiiiii
Thursday, October 8, 2015 0 comments

YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG FIRST WORLD HOTEL GENTING HIGHLAND

YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG FIRST WORLD HOTEL GENTING HIGHLAND. Rasanya kalau setakat momokkan kisah seram kat First World hotel genting ni dah tak lalu aku nak baca apatah lagi nak cerita. Hotel mana2 pun tak ada kata jaminan tak di ganggu makhluk halus ni. Ikut nasib & ikut cara kau jugak menginap kat sesatu tempat tu. Kadang2 benda tu bukan dari tempat penginapan kita pun tapi mungkin dari tempat2 yang kita kunjungi sebelum balik ke tempat penginapan. Tapi bila berlaku gangguan kat tempat kita menginap terus kita judge tempat tu berhantu.


walaupun first world hotel genting ni terkenal dengan cerita cerita seram tapi tak bankrup pun hotel tu. Tetap ada orang yang menginap & bukan semua yang menginap kat situ hadapi gangguan2 mistik ni. Kadang2 tak ada apa yang ganggu pun tapi sebab mentaliti kita yang penakut ni terlebih berimaginasi tengok bayang2 sendiri pun dia rasa macam nampak hantu. Jadi bagi aku selagi tempat tu ada pengunjung yang bukan hanya dari geng paranormal maka takde la berhantu sangat. Tak perlu cuak @ takut nak menginap kat situ.

Tapi bukan cerita seram pasal first world hotel aku nak share dengan hangpa tapi ada sesuatu yang lebih buat korang teruja pasal first world hotel ni. Nak2 lagi yang rasa nak buat short vacation (percutian pendek) kat Genting Highland. Ini perlu korang tahu tentang First World hotel sekarang >> Awas! Jangan Terlepas pandang Pasal First World Hotel jika anda ke Genting <<

Moral of the story... Jangan tidur dalam keadaan kotor. Sebab itu juga salah satu penyebab kita di ganggun jin & syaitan nak2 lagi kat tempat2 asing yang jarang kita pergi
Friday, October 25, 2013 1 comments

CERITA SERAM MALAM JUMAAT

Terdengar bunyi cakaran dan bunyi tapak kaki berjalan di atas atap rumahnya. Sebaik sahaja bunyi terhenti, dia terkejut apabila terdengar suara perempuan mengilai dengan kuat di hadapan rumah. "Alangkah terkejut apabila saya ternampak seorang wanita berambut panjang bermata merah menyala bercangkung di atas bumbung sambil memusing-musingkan kepalanya." .. untuk cerita penuh & untuk baca banyak lagi cerita seram sila baca kat sini Koleksi Cerita Seram
Wednesday, August 21, 2013 0 comments

SERAM! KUKU BELIT BADAN MAYAT DALAM KUBUR

Kisah ni moga jadi pedoman buat semua yang membaca. Kisah seorang penggali kubur yang tersalah gali kubur yang masih mempunyai mayat & dapat lihat sesuatu yang menyeramkan juga menginsafkan. Allah nak memperlihatkan bagaimana rupa mayat yang tidak di terima bumi mungkin kerana dosa semasa hayatnya.

PENGALAMAN terjumpa mayat yang tidak diterima bumi antara detik yang tidak boleh dilupai oleh Solihin Yusoff, 35, sepanjang bergelar penggali kubur. Ceritanya, pada ketika itu dia sedang menggali sebuah kubur di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Tokong.

Gara-gara tidak mempunyai batu nisan, dia tidak sangka tanah yang digalinya sebenarnya sudah terdapat jasad lain di dalamnya.

“Pada masa itulah saya terkejut apabila mendapati jasad berkenaan masih ada sedangkan papan keranda sudah pun reput, sementara kain kafan yang membaluti tubuh mayat berkenaan juga sudah tiada.

“Anehnya, saya dapat lihat jasadnya berwarna merah seakan terbakar dan wajah semua tidak ada, cuma jasad sahaja sementara kukunya ibarat hidup.




“Kuku mayat berkenaan memanjang seakan hidup dan membelit badannya sendiri, itu antara pengalaman yang saya tidak akan lupakan sepanjang hayat ( Untuk artikel penuh sila clik kat SINI )

Moga jadi pedoman & pengajaran kepada kita semua yang masih hidup. Apapun semoga Allah mengampunkan dosa2 kita sebelum kita pulang kepangkuan Nya.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE
 
 
;