Friday, November 12, 2010 2 comments

KAU DISANA DAN AKU DISINI


 Kau disana
Ketawa riang
Aku disini
Menanti resah bukan kepalang

Kau disana
Tersenyum memandang ia
Aku disini menjenguk ke luar jendela
Menanti kau tiba

Kau disana
terlupa
Aku disini
Sentiasa setia

Kau disana
Aku disini
Apa kesudahannya
Antara kita nanti?
Thursday, November 11, 2010 0 comments

DUHAI TEMAN


Duhai teman..
Mengertilah
Bukan kerana sayang.. Namun tida peluang
Bukan kerana lupa.. Namun tiada daya

Duhai teman..
Mengertilah
Aku tidak mengasingkan diri
Aku tidak menjauhkan hati
Cuma.. Derap kaki terkunci
Langkah ku cuma dasar perlu

Duhai teman..
Ini bukan alasan
Bukan juga penipuan
Kamu disana.. Punya sayap
aku di sini cuma kepak yang mampu berkuak
Namun tidak terbang
Seperti kamu.. punya ruang

Duhai teman..
Aku tidak pantas berdendam jika di benci
Aku tidak arif memusuhi
Jika ini menjadi herdikkan mu
Memuncung menyambut senyuman ku
Aku redha..
Kerana aku lebih tahu segalanya
Dari kamu yang melihat tanpa merasai
Betapa payah jika bibir terkunci
Langkah di gari
Hanya mampu berkata tidak
Pada semua yang mengajak.
Tuesday, November 9, 2010 0 comments

KEKASIH HALAL KU

Kau kekasih halal ku..
Dari akad, dalam sekali lafaz
Kita bersatu dalam restu
Hingga akhir nafas kau milik ku..
Kau kekasih halal ku..
Tidak ku pinta tubuh berbalut permata
Beradu dalam selimut sutera
Sekadar cukup untuk selesa
Kau kekasih halal ku..
Dampingi daku setiap waktu perlu
Dan selamanya ku ingin halal di sisi mu
Jangan ada dusta antara kau dan aku
Kau kekasih halal ku
Anugerah Esa yang tak ternilai harganya
Kini rusuk mu telah bersatu
Jangan di cari lagi rusuk itu
Cukup hanya satu, melengkapi segalanya
Kerana kau kekasih halal yang teristimewa
Untuk kita.
 
;