BEN ASHAARI UCAP SELAMAT HARI GURU

Kebetulan sang lekit baru taip entri pasal cikgu bersempena hari guru kemudian terpandang segmen BA.. Alang kepalang dah draff entri tu maka elok juga join segmen ni. Lagipun dah lama sangat tak join segmen BA


Bersempena hari guru ni Sang Lekit nak kongsi juga cerita pasal cikgu - cikgu sang lekit yang masih terpahat dalam ingatan.

Sekolah pertama sang lekit adalah tadika kemas Permatang Durian, Padang Serai Kedah. Nama cikgu pertama sang Lekit adalah cikgu Rohana. Cikgu Rohana ni memang baik, penyabar, penyanyang. Memang sesuai la dia jadi cikgu tadika sebab antara ciri2 yang dia ada memang patut ada pada seorang cikgu tadika dimana kena handle budak - budak kecik yang baru nak kenal sekolah & cikgu. Ragam budak tadika ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Ada yang terberak, terkencing dalam seluar cikgu juga kena cebokkan. Ada yang meraung taknak masuk kelas, cikgu juga nak kena pujuk. Ada yang gaduh berebut mainan, buku, pensil, pensil warna cikgu juga nak leraikan. Jadi kesimpulannya cikgu Rohana memang menepati ciri2 cikgu tadika yang di perlukan.

Sekolah kedua sang lekit Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Dik Padang Serai, kedah. Guru kelas sang lekit masa darjah satu adalah cikgu Ramlah. Dia pun cikgu yang mempunyai ciri - ciri macam cikgu Rohana. Sama la tugasnya.. Darjah satu pun ala - ala macam budak tadika jugak sebab ada di antara murid2 darjah satu yang baru berkenalan dengan alam persekolahan. Mungkin dorang tak berkesempatan masuk tadika maka darjah satu la permulaan bagi dorang. Masa darjah satu.. Ada seorang cikgu cina perempuan, cikgu lim namanya (kalau tak silap). Garang nak mampus.. Kalau buat silap harus kena cubit bahu atau pulas pusat maka dengan itu ramai la murid yang takut pada dia sampai ada yang terus menangis bila nampak muka dia masuk kelas.

Dalam darjah satu juga sang lekit sangat suka Ustaz Asri yang mengajar Agama Islam. Entah la sang lekit suka tengok muka dia yang bagi sang lekit ensem masa tu. Kecik2 lagi dah gatal kan??

Masuk jer darjah 4 - 6 ada seorang cikgu matematik yang sangat garang. Cikgu tarmizi namanya. Sapa yang tak gerun dengan cikgu tarmizi ni memang tipu la. Gagal ujian/periksa, tak siap kerja rumah, bising dalam kelas, tak tumpu perhatian maka berbirat la tapak tangan korang. Disebabkan ketegasan & kegarangan beliau la Sang Lekit dapat result yang baik dalam matematik masa UPSR.

Melangkah ke sekolah menengah iatu sekolah menengah kebangsaan Lunas, kulim kedah. Cikgu yang paling Sang Lekit suka cikgu Zarina. Dia tak mengajar sang lekit tapi dia guru kaunseling. Budak nakal memang akan rapat dengan cikgu kaunseling sebabnya selalu di hantar menerima pemulihan kat bilik kauseling kan Tapi bukan semua cikgu kaunseling yang lekit suka. Ada juga yang lekit menyampah sebabnya diorang bukan bagi kaunseling tapi suka menyindir & merendah2 kan pelajar2 bermasalah disiplin ni.

Di tingkatan 5 Lekit berpindah sekolah dari sekolah menengah kebangsaan Lunas ke sekolah menengah St Patrick Kulim kedah tapi bertahan seminggu jer lepas tu tukar ke sekolah Menengah Dato Lela Pahlawan. Takde nama - nama cikgu yang sang lekit ingat kat situ cuma sang lekit suka dengan pengetua sekolah tu yang baik tapi sang lekit pelik pelajar Dato Lela semua takut nak jumpa guru besar. Pernah ada masalah seorang cikgu ni yang suka sangat menyindir sang lekit dalam kelas tanpa sebab jadi sang lekit masa tu masih berjiwa remaja agak memberontak terus pergi jumpa pengetua minta nak tukar sekolah. Berbual bual la dengan pengetua & cerita la kenapa. Pengetua pujuk katanya lebih baik di sekolah dia sebabnya kalau bertukar balik kat sekolah lama sang lekit yang terkenal dengan pelajar bermasalah disiplin tu mungkin sang lekit lebih terdedah dengan gejala buruk walaupun dia tahu sang lekit pun dari golongan pelajar nakal kat situ tapi memang kagum la di tak pandang yang lepas tapi bagi sokongan moral pula. Itulah sikap cikgu yang patut di contohi.

Kalau di cerita tentang kenangan masa sekolah ni memang tak cukup 10 entri sebab kisah zaman sekolah la bagi sang lekit kisah yang penuh cerita. Cuma bersempena hari guru sang lekit nak juga buat imbauan setakat yang masih ingat tentang cikgu2 sang lekit. Apapun jasa cikgu2 semua memang tak mampu di balas dengan kata2 atau harta. Selamat hari guru buat semua cikgu yang baca blog ni.

Sesapa nak join segmen ni boleh la clik BEN ASHAARI
Share this article :
+
Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "BEN ASHAARI UCAP SELAMAT HARI GURU"

terima kasih,
kerana saya juga seorang guru,
dari ptg Durian..tapi saya ni lapis mak-mak kamu..
Salam.

Terima Kasih Sudi Komen Di Sini
 
Template By. Kunci Dunia Designed by sensasi2020
Back To Top