TENTANG GALAXY NOTE5 YANG PERLU ANDA TAHU. Aku ni dok galaxy Y lagi.. Entah bila nak upgrade. enpon pun jarang bunyi.. Takde sapa dah nak call aku sekarang ni kecuali family aku je. Jadi smartphone aku yang dah tak up to date tu jadi kurang fungsi sangat sekarang ni. Kalau online aku banyak guna tab & pc jer.. Handphone tu totally guna untuk call & sms je. Tu pun seminggu sekali nak bunyi pun susah. Hahaha
Tapi bukan la nak cerita pasal Galaxy Y kesayangan aku tu. Aku jer masih Galaxy Y orang lain mungkin dah kedepan dengan Galaxy Note5. Cepat sungguh teknologi sekarang. Belum sempat nak merasa s8 dah keluar note5. Yang pasti setiap keluaran gadget terbaru pasti ada keistimewa dia tersendiri. Selain wajahnya di perjelitakan dengan penampilan yang ramping & menawan tapi size dia tetap besar. Cuma di nipiskan..
Banyak lagi kelebihan termasuk S Pen yang memudahkan kita melakukan kerja. Rasanya yang banyak bekerja secara online sesuai sangat guna note5 ni. Kelebihan S Pen ni adalah membolehkan anda scroll, membuat screen capture & membuat editing image dengan mudah. So nak crop gambar ke, nak tulis memo atau nak buat shortcut pada link2 yang di ingini memang senang la. Mungkin boleh mengurangkan kadar typo. Almaklum bila taip guna keyboard touch screen.. nak2 jari yang besar asyik salah taip je. hehehehe...Bila menggunakan S Pen jangka hayat bateri ni akan cepat habis tapi dengan note5 walaupun menggunakan S Pen bateri tetap tahan lama. Note5 juga mempunyai fungsi mengecas dengan cepat & dengan kapasiti yang besar. Nak tau ciri2 lain yang lebih menarik ada dalam Note 5 korang boleh tengok kat sini >> Galaxy Note5 <<
Pencinta gadget2 terkini mesti tak senang duduk bila tahu kecanggihan yang di miliki note5 ni. Tapi sabar.. Tak lari note5 di kejar. Sila menabung dari sekarang. hehehe
WAJAR LAGI KE NAK GUNA DOMAIN BERBAYAR?
-
*WAJAR LAGI KE NAK GUNA DOMAIN BERBAYAR?* Zaman kegemilangan blog
lekatlekit story ni macam dah suram sekarang. Nak update entri baru pun
macam ada dalam...
7 months ago
0 Komentar untuk "TENTANG GALAXY NOTE5 YANG PERLU ANDA TAHU"