Posts

Showing posts from December, 2009

PONDAN KAWEN MAT SALEH

Image
Thursday, December 3, 2009 Fatine Takut Pulang Ke Malaysia Fatine (kiri) bersama suaminya, Ian Young semasa perkahwinan mereka. LONDON: Transeksual warga Malaysia, Mohammed Fazdil Min Bahari berasa takut untuk pulang ke Malaysia ekoran reaksi negatif yang timbul daripada tanggapan salah berhubung perkahwinannya dengan seorang warga British. Katanya, dia telah menerima banyak emel dan komen orang ramai yang mengkritik dan menuduhnya menghina kerajaan Malaysia. Mohammed Fadzil atau Fatine kesal kerana orang ramai tidak memahami tujuannya datang ke United Kingdom (UK) adalah semata-mata untuk hidup bersama lelaki yang dicintainya. Katanya, dia tidak boleh berbuat demikian di Malaysia kerana masyarakat mengkaitkan perkahwinan mereka dengan isu agama. "Saya takut untuk pulang ke tanah air. Saya bimbang akan keselamatan saya," katanya yang mengulas tentang laporan akhbar tersebut yang didakwa memberikan gambaran kurang tepat mengenai kisah percintaan mereka sehingga men...

BUANG IBU DEMI MARUAH

PUTRAJAYA: Ibunya sudah menjengah usia senja, namun si anak yang tidak mengenang budi sanggup menghantar wanita berusia 84 tahun itu ke rumah kebajikan.Semuanya berlaku selepas mengetahui sejarah hitam wanita yang mengandung dan membesarkannya itu pernah menjadi ‘kupu-kupu malam’ bagi menyara tiga anak selepas ditinggalkan suami. Bukan itu saja, anak bongsu lingkungan 40-an yang mempunyai pangkat, kedudukan dan hidup mewah hasil didikan dan titik peluh ibunya, langsung tidak pernah menjenguknya selepas menghantarnya ke rumah orang tua pada 2007, sehinggalah wanita itu menghembuskan nafas terakhir, dua tahun kemudian. Sebelum ini, wanita terbabit dijaga anaknya selepas ditinggalkan suami beberapa tahun lalu, tetapi hidupnya menderita apabila dilayan tidak ubah seperti sampah sejurus lelaki itu tahu dia pernah melacur. Malah, bagi mengelak nama baik dan imej keluarga tercalar, lelaki terbabit secara sulit menghantar wanita tua yang dilayan seperti peminta sedekah itu ke rumah kebajika...

ADIWARNA DI HATI KU

adiwarna dihati ku bukan satu tapi ribu. adiwarna dihati ku bukan sekali tapi berganti - ganti. adiwarna di hati ku adalah kamu! kamu! dan kamu... adalah adiwarna di hatiku. adiwarna di hati ku bagai satu gemala sekali pandang purnama hayati adalah api. kamu kasteria, kamu pula srikandi pada lintasan pertama, itulah kamu di hati. semakin berensot hari kamu makin ku dalami bagai fakir menadah tangan hingga gemulai menanti sambutan kamu ada, ku pasti! kamu tidak anjak, ku yakini! tapi kabur saat ku mencari. kemana kamu yang ku nanti? tiada jawapan bila ku laung seruan berpatah jalan, bukan beerti satu pengunduran sekadar mencari haluan dari permulaan. hingga kini... adiwarna di hati ku bermula tanpa di akhiri adiwarna di hatiku kini bagai satu kembara panjang menanti saat - saat di julang.

DIA

di pikul segunung bebanan berpayungkan terik bermandikan hujan peluh di terjah diri ke dataran yang membentang sebuah harapan. di situlah nadi kehidupan nun jauh di sana bagai melambai menadah tangan, meminta bukan kemewahan, namun cukuplah seadanya nasib diri terbela penat, panas bukan halangan digagahi mencangkul batas - batas untuk laluan agar tidak terkandas. 'dia'.. tidak kenah erti lelah seorang insan bergelar 'ayah'

SI TUA DI SENJA USIA 2

selami tasik hatinya dari anak matanya, junamkan diri mu di lubuk jiwa si tua itu raut tenang, kelopaknya berlinang dukanya di tentang, tidak mahu di pandang di singkir jauh sebuah sepi di garis bibir, senyum berseri sore hari jauh pandang di lemparkan berdrama di mata terngiang di telinga si kecil dan abang berebut bola di seru ibu melerai sengketa. tersenyum si tua mengimbas gelagat si manja kini.. yang di tatang, linangnya kecewa si manja bagai lupa takhkala mereka di puncak jaya . malam tiba, senja berlalu si tua merapati daun pintu tempias rindu menyemarakkan pilu kerna kepulangan tidak jua bertamu.

SI TUA DI SENJA USIA

remuk sebuah harapan seorang ibu dalam ratapan berkecai seribu impian di tangan si anak di letakkan punah! tak mungkin ada lagi santapan kasih sayang untuk di hidang takhkala usia di senja usang pondok rapuh yang pernah riuh menjadi sepi si tua bersimpuh di muka pintu, menanti entah bila penantian di sambut kepulangan lalu renyailah sebuah kehampaan di tegur rindu yang tak bersempadan setiap nafas dan kerdipan setia menunggu dalam kesamaran menyeru dalam hati yang tak mampu 'kembalilah duhai permata hati ku jangan lagi terhenti nafas ini sebelum di dakap mereka yang di kasihi' itulah bibit - bibit kata tanpa suara seorang ibu di senja usia.    

NATRAH

Image
Ummat Islam sangat pantang kalau agama suci mereka disentuh atau dipermain-mainkan. Bila terkenang kembali kisah Natrah (bekas isteri Mansor Abadi) yang mana ummat Islam Tanah Melayu membuat rapat umum di Singapura dihadiri lebih 2,000 orang, yang mengakibatkan seramai 18 orang mati syahid dan 173 orang cedera parah bagi mempertahankan akidah seorang muslimah. Kini, timbul pula isu yang juga melibatkan seorang anak melayu (anak Mansor?) yang mana juga berpotensi membangkitkan kemarahan ummat Islam di Malaysia. Dan tak lupa juga yang sedang dibicarakan iaitu kes Azalina Jailani (Lina Joy). Berbalik kisah Natrah; ia amat menyayat hati.... 1937 24 Mac Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh Disember 1942 Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad.Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya S...

CERPEN (Janji Sahabat)

Category: Romance and Relationships M alam semakin merangkak usianya ke angka sebelas. Syirah masih belum mahu melelapkan mata. Ketiadaan Junaidah memang mengundang rasa sunyi dan bosan. Junaidah memberitahunya tergesa – gesa petang tadi. Katanya  pakcik Mahat telefon dari kampung, meminta Junaidah pulang dengan segera kerana  makcik Sofia di masukkan ke hospital akibat serangan jantung dengan tiba- tiba. Gegaslah Junaidah pulang, dengan menaiki bas ekspress klang- kulim. Nasib baik bukan musim cuti, kalau tidak pasti tiket bas menjadi masalah. Jika tidak memikirkan kuliah seawal esok pagi Syirah juga ingin turut sama pulang, dapat juga di jenguk mak, abah dan adik di kampung. Menanti matanya mengantuk, Syirah membelek majalah remaja yang belum sempat di habiskan bacaan sejak membelinya seminggu lalu sambil mendengar radio dikamar bujang ** Musrizal mula sedar sudah lewat sangat dia melayani bola di meja snuker, segera...