Penyanyi terkemuka negara, Datuk Siti Nurhaliza mengadakan persembahan terbuka di Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 peringkat Kota Bharu, Sabtu lalu tapi penganjur program itu mengatakan majlis itu merupakan program motivasi, namun di sebalik majlis itu mereka membawa penyanyi wanita tersohor menghiburkan penonton dengan persembahan nyanyian secara terbuka dan telah di beri amaran kerana melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 yangdikuatkuasakan di negeri itu. Pihak yang melanggar peraturan itu akan dikenakan tindakan undang-undang dan boleh dikenakan denda tidak kurang dari RM1,000 di bawahcEnakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998. KAWALAN PERSEMBAHAN HIBURAN 3.1. Hiburan Yang Dilarang Nama, Jenis dan kelas hiburan yang dilarang ialah Mak Yong, Menora, Wayang Kulit (tradisional), Main Puteri, Tinju Siam (Tomoi) dan Pelaga Binatang. Larangan ini meliputi semua peringkat tersebut. 3.2. Hiburan DiKawal Selia Semua jenis dan kela...