Posts

Showing posts from October, 2010

IBU

Image
Melihat.. Anak - anak itu Riang bergayut dalam dakapan ibu Gelak tawa bagai satu lagu Leretan senyum si ibu mula bertamu lalu hati berkata kata Biar hanya pautan dari tangan - tangan ibunya Tiada kereta sorong beroda mampu di ada Tiada pakaian menyerlah kecomelannya Hanya kain - kain lusuh menyelimut tubuh Namun anak tetap tumbuh Membesar dengan apa adanya Terasa selamat dalam dakapan ibunda Biar ada kala kecewa menjawab pintanya Dan sejenak naluri berkata.. Dari kain - kain lusuh membalut tubuh Akan kah berganti sutera di kala dewasa Buat ibunda yang membesarkan dengan apa terdaya Apakah berganti lusuh juga? Bila si anak sudah bersalut permata Hati bertanya lagi... Sudikah anak memaut ibu yang terbongkok di mamah usia Seperti kecilnya dulu bergayut dalam dakapan ibunda. Hati terus berkata - kata Moga tiada ibu tercampak di kaki lima Sebagai balasannya di hari tua.

KERANANYA.. BERNAMA SEORANG SAHABAT

Image
“Aku dah balik! Cuti semester. Dua bulan!” Laungnya sekuat hati. Nurhani tersenyum. Dilempar pandangan jauh ke tengah tasik. Kepuasan terpancar di raut wajahnya. Irzi Aizat menyaksikan gelagat Nurhani tanpa menerpa sebarang pertanyaan pada keanehan yang berselubung dalam jiwanya terhadap gadis yang menjadi kebanggaannya di kolej. “Aku bawa seorang kawan dari sana. Kenalkan Irzi Aizat, kawan baik aku di kolej. Dia pelajar tahun kedua rekaan grafik. Dia baik, Am.” Tambahnya lagi, tetap dalam nada kuat, melaung khabar dan cerita ke tengah tasik.Irzi Aizat semakin pelik. Hatinya mula berperang dengan pelbagai terpaan pertanyaan yang tak berjawapan itu. Pelbagai kemungkinan yang singgah di benak fikirannya, namun hanya satu yang menjadi keputusan andaiannya. Apa yang di anggapnya, gadis itu pasti mengalami masalah mental. Hanya orang gila sahaja yang akan terpekik tanpa mempedulikan orang di sekeliling dan bercerita pada satu nama yang tak berjasad. Namun tiada kesahihan pada ...

SENYUMAN SEKEPING HATI DERITA

Image
Hasil nukilan : 8.05pm 10.03.2010 Segala ceritera yang kau bawa Sendalokanya menghujankn airmata Terpedaya.. Mungkin manisnya seketika Cuma Pintalan kata2 mu indah Namun penghujungnya berdarah Pasrah… Dan.. Tiada lagi ketawa yang ikhlas Kau hantui dengan jiwa mu yang keras Kau umpama bah Sebentar Cuma datang mu buat ku rebah Kian hilang segala milik ku Nak ku dayung ke tepian Namun arus mu memaksa aku meneruskan Sejenak kau fikirkan Sayang mu.. tiada keindahan Penuh penyiksaan. Apa lagi?? Katakan… Semua laku ku bagai tidak kena Diam ku salah.. Suara ku menempah padah Merajai seluruh hidup ku Adakah itu masih kecil buat mu?? Dan.. apa lagi kali ini? Mengunci aku dalam cinta yang ku tak mengerti manisnya Ku percaya namun masih mencari kenapa? Aku bagai terhukum kerana terlalu di cinta Memaksa ku terus senyum dalam sekeping hati yang derita.

KALA MALAM

Image
 Kala malam itu bertanya aku pada mu Bisakah esok malam Kau kunjung datang Kala malam itu Janji mu Akan ada bersamaku Dalam setiap malam Sepanjang hidup ku Dan ku tanya lagi Andai malam ku sepi Tanpa kau di sisi Apakah harus aku mencari Dalam malam yang gelita dan sunyi Atau ku seru dalam mimpi Menjejak mu dalam fantasi Kata mu jejaki dalam doa Kau kan ada Setiap malam yang ku ingin kau tiba Dan sejak malam itu Janji mu tinggal janji Kunjungan tak bertamu lagi Kau pergi dalam malam sepi Kembali bertamu di sisi Ilahi