Posts

Showing posts from November, 2010

KAU DISANA DAN AKU DISINI

Image
 Kau disana Ketawa riang Aku disini Menanti resah bukan kepalang Kau disana Tersenyum memandang ia Aku disini menjenguk ke luar jendela Menanti kau tiba Kau disana terlupa Aku disini Sentiasa setia Kau disana Aku disini Apa kesudahannya Antara kita nanti?

DUHAI TEMAN

Image
Duhai teman.. Mengertilah Bukan kerana sayang.. Namun tida peluang Bukan kerana lupa.. Namun tiada daya Duhai teman.. Mengertilah Aku tidak mengasingkan diri Aku tidak menjauhkan hati Cuma.. Derap kaki terkunci Langkah ku cuma dasar perlu Duhai teman.. Ini bukan alasan Bukan juga penipuan Kamu disana.. Punya sayap aku di sini cuma kepak yang mampu berkuak Namun tidak terbang Seperti kamu.. punya ruang Duhai teman.. Aku tidak pantas berdendam jika di benci Aku tidak arif memusuhi Jika ini menjadi herdikkan mu Memuncung menyambut senyuman ku Aku redha.. Kerana aku lebih tahu segalanya Dari kamu yang melihat tanpa merasai Betapa payah jika bibir terkunci Langkah di gari Hanya mampu berkata tidak Pada semua yang mengajak.

KEKASIH HALAL KU

Image
Kau kekasih halal ku.. Dari akad, dalam sekali lafaz Kita bersatu dalam restu Hingga akhir nafas kau milik ku.. Kau kekasih halal ku.. Tidak ku pinta tubuh berbalut permata Beradu dalam selimut sutera Sekadar cukup untuk selesa Kau kekasih halal ku.. Dampingi daku setiap waktu perlu Dan selamanya ku ingin halal di sisi mu Jangan ada dusta antara kau dan aku Kau kekasih halal ku Anugerah Esa yang tak ternilai harganya Kini rusuk mu telah bersatu Jangan di cari lagi rusuk itu Cukup hanya satu, melengkapi segalanya Kerana kau kekasih halal yang teristimewa Untuk kita.