Posts

Showing posts from April, 2014

TIBA MASANYA KITA RAIKAN DENGAN DAUN SADERI

Kejayaan terbesar setakat ini adalah kejayaan aku & suami melayari rumahtangga kami sehingga ke hari ini hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke empat. Yeah.. mari kita raikan dengan daun saderi setelah kita menjadi wonderpets sesama sendiri. Apa yang penting kerjasama tanpa kerjasama mana mungkin kita mampu rentasi 4 tahun perkahwinan ini, kan?? Untuk sang suami.. den tak minta red velvet atau bling2 menyalut badan.. cukuplah setiap hari cuba menjadi suami yang terbaik & dady yang cemerlang mendapat A dalam semua subjek. kekekekekeke Terima kasih atas lawak2 anda sepanjang perkahwinan kita. Apapun.. Moga kasih sayang kita kekal hingga ke syurga. Amin.... P/S : Tanggal 28 April 2010 kita di ijabkabul selepas zuhur lebih kurang pukul 3.43 petang hanya dengan sekali lafaz.

MUSIM KAPAL TERBANG KAT MALAYSIA BUAT U TURN

Image
Sejak kehilangan MH370 banyak pulak kes kes kapal terbang bermasalah & terpaksa berpatah balik setelah memulakan penerbangan. Kalau orang tua2 cakap.. kena badi. Tapi wujudkah badi? korang boleh google sendiri. Dia macam jadi musim kapal terbang bermasalah pulak lepas satu kejadian. Ke memang benda2 ni ada berlaku sebelum ni cuma tak di highlight & di jadikan artikel berita? Entahlah.. nak jawab pun aku tak tahu sebab aku tak kerja dengan mana2 syarikat penerbangan. Hari ni terbaca kat berita harian online kalau tak silap katanya kapal terbang firefly terpaksa berpatah balik setelah membuat penerbangan. Katanya ada masalah.. Sebelum ni ada 2 ke 3 kali penerbangan MAS pun terpaksa buat pendaratan cemas akibat masalah pada pesawat. Kejadian pesawat U turn untuk membuat pendaratan cemas ni ada musim jugak ke? Atau media sengaja ambil kesempatan keatas satu isu pesawat yang berlaku melibatkan kehilangan secara misteri sebuat pesawat MAS sejak 47 hari lalu jadi ada je berita pas...