MY URL STORY

http://devilviernes.blogspot.com/2010/12/your-url-story-contest-officially-by-me.html
 Contes kali ni anjuran Pictured Life Of Me yang ingin menyibuk nak tahu pasal cerita ceriti asal usul nama url blog. Okies.. Beginilah alkisahnya...

Asal usul nama url blog.. Okies rasanya saya pernah share dulu asal usul blog saya. Saya ada 2 blog.. Asal usul blog kedua ni adalah kesinambungan dari blog pertama. So, asal usul dia bermula dari blog pertama iatu http://lekatlekitgurl.blogspot.com/.

Apa kisah di sebalik nama ni. Untuk url mungkin hanya di gunakan lekatlekitgurl iatu nick daripada tajuk blog tu sendiri iatu apa yang melekat lekit hari ni (merujuk tajuk blog yang pertama). Asal lekat lekit ni adalah berpunca dari seorang DJ yang sangat2 saya suka iatu abbyfana (yang sekarang bertugas di sinar). Saya mengenali abbyfana ni semasa di ber DJ di thr untuk segmen ceria pagi kalau tak silap. Perkataan atau ayat yang sangat suka dia sebut hari - hari adalah.. 'teruskan melekat lekit bersama abby' tapi bukan la trademark atau tagline dia. Perkataan lekat lekit tu macam sesuatu yang jarang di dengar & menarik minat saya. Then lepas terjebak dalam aktiviti online.. (DJ online radio) saya menggunakan tagline abbyfunny (itu nickname sebelum saya bergelar Dj radio online lagi) the lekat lekit gurl.

Untuk blog tanpa perlu berguling guling mahupun tertunggang tonggeng mencari nama blog atau nama url secara automatik saya menggunakan lekatlekitgurl & tagline apa yang melekat lekit hari ni. Originality dia memang dari abbyfana tapi tidak menjadi sinonim pun dengan abbyfana perkataan melekat lekit tu tapi memang menjadi sinonim dengan diri saya & rakan2 online atau blogger. Kesinambung dari blog pertama.. blog kedua dunia melekitku, dengan url http://duniamelekitku.blogspot.com/. kenapa di gunakan perkataan dunia melekit ku?? Sekadar nak mengambarkan dunia imaginasi saya.. Sebab sebelum ni blog ini saya gunakan untuk menghapdet karya2 saya seperti puisi & cerpen tapi separuh jalan jer.. Then terus bertukar pada blog contest.

Sekian -the end-

Tiba masa meng'tag' blogger bertuah

Nak join sila clik : URL Story
Share this article :
+
Previous
Next Post »
3 Komentar untuk "MY URL STORY"

Aduh... first time kena tag nih.... hem.. i try my best

terima kasih :)

Terima Kasih Sudi Komen Di Sini
 
Template By. Kunci Dunia Designed by sensasi2020
Back To Top